Isnin, 21 Disember 2009

KURANG KASIH SAYANG

BEBERAPA hari yang lepas, di Istana Budaya, pertemuan saya dengan Rahimidin Zahari lebih banyak berkisar tentang lukisan dan dunia seputarnya. Begitupun, ada satu kisah yang paling menarik dan boleh dikongsikan di sini. Isunya ialah 'kurang kasih sayang'. Maka berceritalah kami sambil diselang selikan dengan gelak ketawa. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menulisnya di dalam blog ini sebagai santapan minda dan lelocong sahaja.

Justeru, kepada sesiapa yang kurang kasih sayang atau inginkan kasih sayang, bolehlah menghubungi rakan saya yang berada di Istana Budaya itu untuk mendapatkan maklumat lanjut. Hubungilah dia kerana dia sangat-sangat/ boleh membantu dan menyelesaikan masalah anda.

Moga, tuan akan memperoleh kebahagian yang dicari. Amin.

Saya senyum sendirian ketika menulis entri ini. Kepada sahabat saya, selamat menceburi kerjaya baharu dan moga sukses. Saya doakan tuan terus berjaya. Dan, kepada rakan-rakan yang kurang kasih sayang, inilah masanya untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya ini. Saya percaya atas kewibawaan sahabat saya ini kerana dia telah terbukti memiliki kasih sayang yang amat tinggi.

Salam

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hebat la tuan Rahimidin ni..
dari dunia penulisan ke dunia kasih sayang plak...

benuasuluk berkata...

sheikh,
rahimidin guna teori anjakan sufi tu

NASSURY IBRAHIM berkata...

Bagus. Satu perkembangan kerjaya. Saya juga buat satu perkembangan - niaga buku. Selamat berkunjung ke blog 'kedaibukumaya.blogspot.com. Anda boleh membeli atau mengiklan buku anda.