Rabu, 30 Disember 2009

1SEKOLAH 1BAHASA

i
Seorang profesor bertandang ke kamar saya. Pagi-pagi lagi dia sudah berusaha untuk mencungkil pendirian saya (mungkin juga ingin mencuri pandangan saya) tentang 1sekolah dan 1bahasa. Oh ya, sebelum itu, profesor ini seorang kolumunis sebuah akhbar perdana negara. Dia memulakan pertanyaan dengan soalan ini, "kau setuju ke sekolah satu bahasa?" Saya tidak segera menjawab kerana saya tahu behawa selama ini, idea-idea saya yang saya hujahkan ketika kami di kantin atau di surau akan menjadi wacana tulisannya. (Tak mengapalah, itu sudah ketentuan Illahi).

Dia mendesak dengan idea kedua sebelum sempat saya menjawab soalan tadi. Idea kedua itu begini pula, "aku tak dapat bayangkan kalau sekolah di Malaysia ini hanya berorentasikan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu. Tentu mentaliti pelajar kita akan jauh ketinggalan."

Mendengar sahaja idea itu, saya segera merenungnya. Dia diam dan terhenti daripada meneruskan idea yang membobot di dalam akalnya. "Kenapa prof cakap macam tu?" tanya saya pendek. "Yalah, aku setuju dengan pandangan TPM untuk menjadikan BI dan bahasa Cina sebagai bahasa sampingan di sekolah. Biar anak-anak kita atau pelajar sekolah cepat menguasai alam persekitaran." Jawab prof itu lancar dan penuh bijaksini itu.

"Entahlah, prof. Saya orang jawa. Dulu waktu sekolah, saya hanya belajar dan diajar oleh guru dalam bahasa Melayu. Lepas tu belajar BI untuk subjek BI sahaja. Tapi hari ini, saya jadi orang juga."

Tiba-tiba, telefon bimbit prof itu berbunyi. Dia segera meninggalkan saya tanpa sepatah kata terima kasih pun.

Saya senyum puas sambil melihat gelagatnya yang kelam-kabut itu.

4 ulasan:

Kakcik berkata...

Satu jenis sekolah dan satu bahasa sahaja yang sesuai untuk perpaduan rakyat Malaysia. Sistem pendidikan sekarang hanya merenggangkan lagi jurang perpaduan antara kaum. Mungkin di tempat lain tidak terasa, tetapi di Pulau Pinang ini, aduh, teruk sangat!

(Saya kembali. hehe)

fatah85 berkata...

prof cetek..
pening dia gamaknya.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Seperti biasa jawapan tuan yang 'mengcengkam menggamam' itu akan hamba gunakan sebagai rujukan jawapan jika ada soalan seumpamanya yang ditujukan kepada hamba.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Kenapa kau tak cakap Jawa dengan dia? Tentu dia boleh berbahasa Jawa jugak.