Jumaat, 4 Disember 2009

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU



Dua keping gambar yang saya cuplik (dengan izin) daripada blog rarws.blogspot.com milik sdr Rusdi Abd Rahman. Terima kasih tuan.

KEMUNCULAN saya di siaran 'Helo Malaysia' semalam (3 Disember 2009) secara langsung dengan agenda/ topik 'Memartabatkan Bahasa Melayu' membawa saya ke satu wacana yang saya tidak menduganya. Saya pulang ke rumah dan sekitar jam 2.31 pagi talian telefon saya berdering-mati dan bergering-mati; berkali-kali. Hati kecil saya berdetik resah tapi tidak mengendahkannya. Selepas subuh satu menerima panggilan tanpa nombor dan kemudian saya menjawabnya dengan prasangka yang saya sudah sedia maklum.

Seperti biasa ada herdikan dan sinis yang tajam. Dia tidak bersetuju dengan ungkapan 'malapetaka' yang saya guna pakai ketika diwawancara oleh Sherkawi Jirim. Saya menjawab dengan penuh hikmah, kalau tak setuju tak apa; tapi lain kali jangan melacurkan pula bahasa Melayu. Rupa-rupanya dia bertambah marah dengan perkataan 'melacurkan' itu pula. Saya dicerca hebat dengan sumpah seranah.

Tak mengapalah; dan mengapa saya timbulkan perkataan 'malapetaka' di dalam wawancara itu? Saya hanya menjelaskan bahawa jika pemimpin tidak bersungguh mendaulatkan bahasa Melayu, maka tunggulah malapetaka yang bakal direformasikan oleh rakyat. Mungkin dengan kata-kata itu telah menyinggung hati para juak UBN. Maafkan saya YB.

Sesungguhnya, soal bahasa bukan soal yang boleh dipermain-mainkan, diperkotak-katikkan, diperjudikan atau dijual-belikan. Soal bahasa ialah soal perjuangan mempertahankan hak ketamadunan bangsa dan negara. Ini persoalan yang tidak boleh diperlekeh. Oleh itu, sekirannya pemimpin kita beranggapan bahawa bahasa hanya alat komunikasi yang tidak bermakna apa-apa; saya wajib menentang sekeras-kerasnya. Malah, dalam siaran langsung itu juga saya mencabar mana-mana pemimpin negara yang berjiwa Melayu untuk sama-sama mempertahankan agenda bahasa Melayu dalam konsep dan penerapan gagasan 1 Malaysia. Pendirian saya jelas bahawa gagasan 1 Malaysia terasnya adalah bahasa dan bangsa Melayu.

Begitulah sandiwara pemimpin kita, sentiasa bertopeng-topengan untuk memenuhkan poket dan tuntutan nafsu sendiri.

Maafkan saya YB.

11 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
1. Hamba amat berterima kasih atas paparan foto yang dirakam oleh hamba ini yang termuat dalam blog tuan. Hamba izin dengan penuh suka hati dan rasa bangga kerana foto itu hamba rakam secara spontan sahaja. Ada beberapa lagi foto rakaman itu dalam simpanan hamba.
2. Sekadar luahan kecewa untuk pengetahuan tuan; pernah ada satu foto rasmi ofis yang hamba sendiri usahakan foto itu dirakam sebegitu yang terpapar dalam blog hamba beberapa bulan yang lalu telah diambil oleh SEORANG INSAN TANPA MEMINTA SEPATAH IZIN ATAU HUBUNGI HAMBA... LALU FOTO ITU TERSIAR DALAM SEBUAH MAJALAH! Tidak mengapalah jika insan itu terus berdiam diri kerana insan itu seorang insan yang hebat serta amat prolifik dalam penulisannya...

noralina berkata...

kebanyakan pemimpin negara tak jelas tentang gagasan 1 Malaysia.tak kan lah 1 Malaysia cuma adanya melayu, cina dan india.

ramai yang tak jelas tentang konsep 1 Malaysia sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Syabas Tuan Tanah Nurani,
Teruskan perjuangan Tuan , dgn doa hamba sertakan..

Mungkin PM sendiri pun tidak sepenuhnya memahami 1M..

:- TuahMelayublogspot

mendewa berkata...

Salam, Tuan Haji.

i. Tahniah dan pendirian tuan jelas dalam soal memartabatkan bahasa. Saya mengikuti 2 kemunculan tuan dalam astro awani sebelum ini. Pandangan tuan memang jelas dan saya memahami pendirian tuan dalam soal bahasa.
ii. Pandangan tuan juga mencerminkan pendirian tuan dalam soal MBMMBI yang diuar-uarkan oleh TPM sejajar dengan tugas hakiki tuan sebagai pensyarah bahasa & sastera. Malangnya ramai pendidik yang masih belum memahami dasar MBMMBI ini.
iii. Saya doakan tuan tabah dan diberi kekuatan untuk menerima cabaran dan menggalas amanah dalam mendaulatkan bahasa ibunda.

Zaid Akhtar berkata...

waduh,
hebat tuan haji!

tahniah kerana berani berkata benar meski pahit.

Melihat Kesunyataan berkata...

Tahniah Shamsudin! Sayangnya saya tak dapat menontonnya.

MARSLI N.O berkata...

Sayang aku tak ada Astro dan Bernama Tv.

MARSLI N.O berkata...

Apa pun. Teruskan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Hj.kenapa manusia ingin memusnhkan manusia?

Cinta Al-Aqsa berkata...

saya sokong cikgu!

NASSURY IBRAHIM berkata...

Jadilah penyelamat bangsa, bukan pengkhianat bangsa. Teruskan perjuangan.