Khamis, 14 Januari 2010

MELAWAT SDR. AMIRULFAKIR DI HUKM

SALAM sahabat sastera.

Semalam petang, saya, En. Saleeh Rahamad, Amiruddin Ali, M. Jusuf Majid dan Luqman Hakim sempat menghabiskan waktu hampir satu jam di wad MAKNA (pesakit kanser) di HUKM. Berita yang kami terima daripada SM Zakir, tentang kesihatan Amirulfakir yang mula melalui rawatan kemo itu menyebabkan kami kemudiannya terus merancang untuk segera melawat sdr Amirulfakir.

Iya, kesihatannya agak berat dalam timbang tara ukuran saya. Pengesahan kanser di bahagian belakang mata kanan menyebakan urat saraf untuk saluran makanan menjadi sempit. Ini menyebabkan dia kini sukar menelan makanan/ minuman. Malah katanya, nikmat lidahnya juga hampir tidak dapat menentukan keenakan makanan. Menurut isterinya, dia mungkin akan melalui lebih daripada 10 kali rawatan kemo.

Begitupun, secara peribadi; dia amat gembira akan kunjungan kami. Dia masih rancak bercerita dan berseloroh walaupun pendengaran kanannya hampir tidak berfungsi dan kelopak mata kanannya juga tertutup.

Hampir jam 7 petang, kami pulang dengan andaian-andaian cerita-ceriti pengalaman berhadapan dengan pesakit kanser sebelum ini. Moga Allah sentiasa merahmati kehidupannya.

3 ulasan:

edolah berkata...

apa lagi yang mampu kita lakukan...selain simpati dan doa moga sahabat kita itu kembali sembuh dan menikmati semula keceriaan hidupnya bersama keluarga... selebihnya menginsafi diri dan mensyukuri karunia-Nya..
sedikit terkilan kerana tidak sempat bersama kalian menziarahinya... Insya Allah..akan meluangkan masa juga utk ke sana..

Hamir Habeed Mohd berkata...

Assalamualaikum wbt.,

Saya juga mendapat mesej daripada SM Zakir, maaf tak berkesempatan lagi. Ada sesiapa yang akan ke sana? Boleh saya tumpang sekali.

NASSURY IBRAHIM berkata...

YA ALLAH, SELAMATKANLAH AMIRULFAKIR.
Kita hanya mampu menolongnya dengan doa.