Sabtu, 20 Februari 2010

KEMBARA 2010 i


AKU SETITIS EMBUN


Sepertiga malam hening
dalam kabut bercahaya
aku embun di hujung rumputan
kudrat-Mu bergetar
meniti anjung hayat
lapis angin dan deru suara
yang jauh dari halkum
terasa mendekat di pintu roh


Aku sebutir embun
dan Engkau secakerawala asma
mengalir di nadi uratku
sifat dan zat
menyatu dalam berahi wirid-Mu


Aku embun dinihari
hangat dalam dakapan
Maha Rahim-Mu.


Jogjakarta
12-16 Februari 2010

1 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Barulah tahu bahawa ketika Hari Pejuang Bahasa 152 tuan tiada di Malaysia, diri ini mencari-cari tuan untuk serahkan sesuatu tentang hal tuan...