Rabu, 17 Februari 2010

LUAR BIASANYA 1 MALAYSIA


LUAR BIASANYA 1 MALAYSIA

Merenung akhbar Utusan Malaysia pagi ini
terpampang perkataan LUAR BIASA

LUAR BIASAkah negaraku
apabila PATI lebih ramai daripada rakyat peribumi?
apabila Firaun kecil mula lahir dan mendewasa?
apabila Islam disamatarakan dengan dewan parlimen?
apabila segala kejahatan menjadi murni di meja siasah?
apabila kediaman anak baharu lahir di longkang dan pintu masjid?
apabila sekolah menjadi tempat pemula teroris dan mafia?
apabila maksiat didewa sementara amal maaruf disenda?

LUAR BIASAkah negaraku?
apabila sang politikus berdengkur di masjid mendengar khutbah
apabila derita rakyat menjadi kicau burung kota yang merdu
apabila
APABILA
ApAbIlA
APAbila
apaBILA
APABILA aku tak menemui jawapan

LUAR BIASAnya negaraku
apabila seorang menteri negaraku
terperanjat melihat suasana libur negaranya sendiri
setelah dia memberi hak dan status diri

LUAR BIASAnya negaraku
apabila sang toyol lebih bijak dan licik
mentadbir rejim baharu yang gila kuasa.

Pasar Seni,
10 April 1990

7 ulasan:

saleeh rahamad berkata...

sheikh, betulkan ejaan..amar maaruf..bukan amal ma'afuf. ini sajak..kena betul-betul.

zura halid berkata...

memang luar biasa negaraku ini..apatah lagi fight jets can't fly and submarine can't dive!

Sham al-Johori berkata...

Tuan guru,
Terima kasih atas teguran paling indah.

Melihat Kesunyataan berkata...

Benda-benda luar biasa sudah jadi biasa di sini.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Diri ini mencari-cari tuan ketika tarikh 14-15 Februari 2010 yang lalu, tapi hamba hampa tidak ketemu tuan... rasa luar biasa pula..., ke mana tuan tika itu?

wardah munirah berkata...

Assalammualaikum, cikgu.

Saya sangat suka baris ini:

LUAR BIASAnya negaraku
apabila seorang menteri negaraku
terperanjat melihat suasana libur negaranya sendiri
setelah dia memberi hak dan status diri

LUAR BIASAnya negaraku
apabila sang toyol lebih bijak dan licik
mentadbir rejim baharu yang gila kuasa.

Terima kasih atas perkongsian, cikgu.

Nazmi Yaakub berkata...

haji din, pelik sikit puisi ni.. ceritanya cerita baru, tapi tarikh puisinya 1990?

tuan haji melakukan kembara rohaniah kah? :)