Khamis, 13 Mei 2010

JUDI BOLA SEPAK DIHALALKAN



Kedua-dua keping gambar ini saya ambil daripada internet
dan tidak menyentuh mana-mana pihak.


KEPADA peminat-peminat bola sepak, penyokong-penyokong ikon bola sepak dunia mahupun peminat pinggiran (macam saya), Kejohanan Piala Dunia kali ini mendapat restu yang amat luar biasa sekali. Pertama apabila orang Melayu beragama Islam daripada parti UMNO memohon secara terbuka supaya menghalalkan judi bola sepak. Alasannya supaya tidak berlaku 'judi haram' (rupa-rupanya ada judi halal) dan keduanya, keuntungan daripada hasil judi akan digunakan untuk membantu program sukan negara.

Apa yang sedang berlaku sekarang ini? Kepercayaan saya terhadap umno untuk memperjuangkan Islam kian terhakis dan meniris. Umno yang saya harapkan untuk menyatakan secara terbuka terhadap hukum hakam Islam akhirnya menjadi duri dalam daging terhadap agama Islam itu sendiri (Ya Allah, ampunkan dosa dan kesilapan mereka ini).

Hati saya mungkin sedikit sejuk jika yang memohon kepada kerajaan untuk menghalalkan judi bola sepak itu mungkin terdiri daripada ahli mic atau mca atau dap atau pppp atau parti lain yang tidak sinonim dengan Islam. Kekecewaan saya kian membara apabila tiada seorang pun NGO seperti Perkasa atau mana-mana NGO yang muncul tiba-tiba jika ada sahaja kesilapan yang dilakukan oleh parti PAS. Di manakah NGO yang berani melanyak-lanyak PAS apabila menghina institusi Raja mahupun mencerca kekebalan umno ini? Di manakah NGO ini yang berani menyalak apabila PAS dikatakan berpolitik di dalam masjid? Di manakah mereka ini apabila PAS mengkafirkan umno dan mereka kemudiannya turut menuding jari yang sama kepada PAS? Di manakah mereka? Saya menunggu gerakan penentangan ini. Tiga hari berlalu, tiada sebarang petunjuk bahawa NGO ini akan melanyak-lanyak umno sebagai mana mereka melanyak PAS.

Sewaktu saya kecil dan kemudiannya memasuki alam persekolahan hingga ke menara gading, saya diberitahu oleh guru-guru (termasuk ustad dan ustazah) dan pensyarah saya bahawa judi itu haram. Kini pada tahun 2010 dalam bulan Mei ini saya mendengar cerita bahawa wakil umno telah memohon secara terbuka untuk menghalalkan lesen judi. Saya tidak pasti adakah guru saya itu salah memberi penerangan atau waktu guru saya mengajar itu saya tertidur hingga saya tidak mendengar bahawa 'judi itu halal'.

Masya-Allah, inikah balasan kemewahan, kedamaian, dan keamanan yang Allah berikan kepada rakyat Malaysia khususnya umno? Adakah ini balasan rasa kesyukuran daripada nikmat kebahagiaan yang dipinjamkan Allah? Adakah ini tanda penghargaan umno (Melayu-Islam) kepada Allah setelah diberikan kuasa pemerintahan? Atau, adakah ini lambang untuk MENCABAR kebesaran ALLAH SWT?

Saya, rakyat yang kerdil dan takut kepada 'dosa kering' atau 'dosa tempias' akhirnya terpaksa menelan semuanya ini walaupun pahit. Saya sedang berkira-kira dengan dosa-dosa masa lalu saya dan hari ini saya terpaksa pula berkira-kira juga dengan dosa 'masa depan' yang saya sendiri tidak pasti sebanyak mana balanya?

Ya Allah, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ampunkan dosaku berserta dosa-dosa pembuat kemungkaran yang mencabar mukjizat Al-Quran dan mempersenda sunnah Nabi Muhammad SAW. Pimpinlah diriku ke jalan insaniah yang Kau redai. Amin.

Hati saya menjadi tawar untuk mengambil tahu hal-hal bola sepak dunia walaupun perkara inilah yang saya minati sejak dahulu; bersorak apabila Brazil berjaya menewaskan Argentina mahupun England.

3 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Walau diri ini peminat dan pengikut utama dan tegar bola sepak namun tidak pernah terbayang bahawa ada 'judi halal' dalam bola sepak.

Apa itu PERKASA? yang ada cuma PEKASAM yang bermaksud dalam Kamus Dewan iaitu - ikan (daging, sayur, dll) yg diasinkan (dimasamkan) dan disimpan beberapa lama.

Apakah boleh diharap banyak NGO yang tumbuh kini kononnya untuk kepentingan bangsa itu? Jelas dan nyata bahawa ada agenda lain yang majoriti rakyat sudah cerdik mengetahuinya...

Tuan kenal atau tidak sebelum 8 Mac 2008 seseorang yang megah lagi riak menggelarkan dirinya bakal MB Kelantan?

Apa-apapun sudah jelas bermula budak sekolah rendah sehingga orang dewasa tahu bahawa hukum judi itu haram...! Makanya...

NASSURY IBRAHIM berkata...

Bolehlah kita sama-sama berjudi bola sepak kerana judi ini dihalalkan oleh kerajaan Islam Malaysia.

Unknown berkata...

sheikh,
ana dah terbeli jersi spain ni. Ori wooo. Bila kita nak start berjudi?