Jumaat, 21 Mei 2010

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

MARI kita nyatakan sokongan kepada perjuangan ini. Tindakan ini adalah jihad kecil yang boleh menjadi besar. Kita menyokong demi kebenaran iman dan amal kita yang kita sendiri tidak pasti cukup atau tidak untuk dijadikan bekalan di negeri akhirat nanti.

Pagi tadi, banyak sms masuk ke telefon bimbit saya yang isinya adalah "Islam tidak pernah menghalalkan judi." Seingat saya, saya pernah belajar dengan beberapa orang guru yang bukan beragama Islam; mereka pernah memberitahu saya bahawa judi ini salah di sisi agama mereka.

Aneh! Sebuah negara yang meletakkan daulah Islamiah sebagai agama rasmi tetapi melihat judi sebagai perkara yang boleh dipermain-mainkan sedang berlaku di depan mata kita. Tontonan ini bukan dilakukan oleh sang jahil agama atau sang orang yang tidak berpelajaran, sebaliknya dilakukan oleh cendikiawan yang pernah belajar di menara gading bertaraf antarabangsa. Masya-Allah. Islam di tangan mereka hanya seperti barang perhiasan. Rujukan hidup mereka hari ini adalah koran (surat khabar) bukannya al-Quran. Dewa mereka hari ini adalah duit dan kuasa bukan iman dan amal.

Jika kita tidak mahu turut sama berdemontrasi selepas solat Jumaat hari ini, marilah kita nyatakan TIDAK KEPADA JUDI. Moga inilah jihad kecil kita yang mampu kita tunaikan kemudiannya dipertimbangkan oleh ALLAH SWT untuk memberikan hidayah-Nya kepada kita.

"JUDI 'BOLA' HARAM WAHAI PEMIMPIN UMNO!".

Ya Rabb, ampunkan dosa-dosaku. Amin.

2 ulasan:

saleeh rahamad berkata...

masa kecuk dulu ada main tikam-tikam. atau kadang2 beli kuih sepit, nasib baik ada 5 sen di dalamnya. judi ke tu?

NASSURY IBRAHIM berkata...

Mungkinkah di Parlimen Bachok akan dibina Pusat Judi Negara? Awang Judi nakan jadi CEOnya.