SAJAK KEPADA DIRIKUAku berlari
di atas kaki langit
menuju ufuk bumi
mengejar bulan
yang jatuh di dada laut
malam mengelepar dingin.
Saat berenang
untuk mendakap cahaya itu
seekor duyung menyambar tanganku.
Aku diperkosa semahunya.
Shamsudin Othman
Tanjung Rhu, Langkawi.
*Heheheheh, ada ke duyung kat Langkawi tu? SM Zakir, Rahimidin dan Ridzuan kata ada 'empat' ekor; bergelimpangan di pantai.
6 ulasan:
Oppppp!
ada orang tanya, siapa gadis istimewa dalam entri ini?
Jawapannya, sila tanya kawan-kawan saya. Mereka lebih mengenalinya.
Saya setakad suka aja.
hehehehehe.
aji diperkosa? pelik ni..
aik kami pun tak kenal gadis tu.. tempat macam tanjung rhu tapi sang gadis tu mana pernah kami jumpa.. aik pelik ni aji main sorok-sorok pulak... macamana kawan2 tak tau ni. nak jadi macm sheikh maliki yang disangka bujang tu ke.. kat tanjung rhu baru kita tau ramai anaknya, itupun nasib datin bagitau keh keh
aii pelik pak aji kena perkosa tak bagitahu. Ada simpan bukti lagi tak? kehkehkeh
tuan batu kapur, ntah gadis mana ya? Pelik pak aji kita ni. Pergi ramai-ramai, rahsia sorang-eorang, :-)
Tuan syeikh dan Ridzuan,
hai pelik juga, buat-buat tak tahu pulakkkkk.
Tanya syeikh Rahimidin, dia serba tahu..yang pasti Zaen tak tahu.
hehehehe
Tuan-tuan syeikh semuanya,
masyaAllah enta semua...tak kan tak tahu pulak...bawa gitar tu mahu bikin lagu....Kasi Lut meleleh punya.
amboi amboii. :)
Catat Ulasan