SALAM RINDU
TIADA kisah menarik yang boleh dikongsikan di dalam blog saya kali ini. Kalau adapun selingkar kisah tentang cerita seorang sarjana berstatus profesor yang sedang hebat memburu saya. Daripada mulut teman-teman, saya mendapat tahu bahawa dia (beliau) benar-benar ingin bersua muka dengan saya kerana saya dikatakan mencabar kewibawaannya. Pelik!
Seingat saya, sejak saya mula bertugas sebagai balaci merangkap kuli di wilayah menara gading ini, saya tidak pernah menyentuh dan mengeleteknya kerana saya sedar akan kedudukan saya yang berkerja tanpa status PhD di sini. Oleh sebab itu, saya lebih suka memilih jalan sendiri; menulis dan bersahabat dengan teman-teman di PENA atau rangkaian DBP. Tetapi, apabila wajah saya sering terpampang di akhbar, saya dikatakan cuba menutup periuk nasinya. Masya-Allah....
Kini baharu saya sedar akan makna PhD di dalam akal seorang profesor (Melayu) itu apa rupa-rupanya. Kepada rakan media, tolonglah beri sokongan kepada tokoh ilmuan ini (maaf kalau saya sebutkan di sini bahawa falsafah paling sesuai untuk dirinya adalah rumah kata pergi; kubur kata mari).
Saya mula berasa tidak selesa dan rimas berkerja di bawah bumbung akademia serta menjadi mangsa buruan sebegini. Apa-apapun saya sentiasa sedar akan kedudukan diri saya yang duduk tidak sama rendah apatah lagi kalau berdiri sudah tentu tidak sama tingginya. Saya mula terbayangkan nikmat bergelar guru yang tiada glamournya tetapi bahagia.
Mudah-mudahan Allah SWT mengutuskan segugus ketabahan kepada saya. Amin.
2 ulasan:
Tuan Shamsuddin.
Wow, tuan benar2 hebat, sampai dikejar seorang profesor tua. Tapi saya terkilan, tak tahu ujung pangkal. Ceritalah sedikit perkara yang sebenar, supaya kami tidak berperasangka buruk terhadap sesiapa ...
bRO: Wa ada tinggal nota kat sini. Pehal x kuar2?
MARSLI N.O
Catat Ulasan