i
Aku baharu sahaja membaca blog rakan-rakan seperti glateh, aminhad, marsli, faisal, onn dan beberapa rakan lain. menarik sungguh cerita mereka. aku mula melihat ke dalam diri sendiri. dan pertanyaan yang sedang bermain dalam benak ialah bahagia sungguh mereka sebab Allah berikan rahmat dan hidayah kepada mereka. apa yang lebih penting ialah bagaimana jujurnya mereka menceritakan pengkisahan pengalaman yang menyentuh itu. mungkin pengalaman itu tidak ingin dikongsikan tetapi kewajarannya adalah lebih daripada itu.
ii
Blog ialah satu dunia lain yang mendekatkan meski asing. maksud dekat ialah lebih bersifat peribadi. dan semenjak aku dan rakan-rakan membangunkan blog aku, aku rasa bahagia dan terubat juga rindu yang mencengkam.
iii
kepada rakan-rakan yang belum punya blog macam rahimidin zahari, m.saleeh rahamad, saifullizan yahya dan lain-lain tu, bangunkanlah blog anda sebelum blog anda dibangunkan oleh orang lain. sekurang-kurangnya kita menjadi lebih dekat dan mesra. jangan jadi macam sm zakir yang blognya terlalu ilmiah hingga aku menjadi keliru tentang dirinya.
iv.
esok (25-29 mei 2007) aku akan berada di Medan sempena 1st festival poetry ASEAN. selama 5 hari tu mungkin banyak perkara yang berlaku. insyallah akan aku ceritakan kemudian.
Selamat meneruskan cita-cita.

1 ulasan:
blog memang mendekatkan yang jauh. aku setiap malam berkunjung ke rumah sahabat-sahabat sastera buat menghilangkan kerinduan.
salam aku kepada tanah medan. malang tak dapat bersama
Catat Ulasan