Isnin, 21 Julai 2008

MOGA ALLAH SIHATKAN SN S. OTHMAN KELANTAN

SALAM. Saya baharu sahaja pulang daripada melawat SN S. Othman Kelantan yang kini sedang terbaring di CCU (Tingkat 4) Hospital UPM, Serdang. Beliau diserang sakit jantung, radang paru-paru dan kencing manis secara tiba-tiba. Setelah dimasukkan ke hospital pada hari khamis lalu, beliau sedikit kritikal pada dua hari lepas. Syukur Allahamdulillah, sehingga tengah hari tadi, saya sempat berbual dengan Dr. Noraini yang merawatnya; dan kata Dr. itu, "kesihatannya sedang beransur pulih. Cuma beliau perlu berehat secukupnya."

Saya sebenarnya ada mengambil gambar beliau yang terbaring di atas katil tetapi tidak tergamak untuk memuatturunkan ke dalam blog ini kerana begitu syahdu melihat seorang guru yang rancak berbicara, kelakar, dan bitara dalam falsafah Melayu itu tiba-tiba lesu. Maka saat ini saya teringatkan novel 'Mahabbah' karya SN Shahnon Ahmad yang memungkinkan dapat merungkai perasaan hati kecil saya.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT dapat memahami hati, perasaan dan doa kita. Kini, seorang lagi SN sedang berhadapan dengan ujian Allah setelah Abdullah Hussein, Nordin Hassan, Arenawati, dan Shahnon Ahmad melalui ujian itu. Sebelum saya pulang, beliau yang masih menggunakan topeng oksigen menggenggam erat tangan saya. Mulutnya berkumat-kamit menyatakan sesuatu tetapi sayang saya tidak dapat membaca dan memahami gerak bibir itu. Kelopak matanya yang bergenang itu benar-benar menyentuh tanah nurani saya.

Saya akan selalu berdoa agar nama-nama besar itu sentiasa berada dalam rahmat dan hidayah Allah. Amin.

4 ulasan:

Amiene Rev berkata...

Hayakallah,

Semoga kesihatannya semakin pulih.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

aslkm.
sdraku, sham. tkejut mdgar brita ini. meskipn aku bukan org yg rapat dgn beliau, tp yg mdekatkn adalah karya2 beliau - yg sesiapa sj antara kita psti mgagumi n mhormati ktokohnnya dlm dunia sstra n psuratn melayu.
tentu sj kita, sbg sdranya, turut mdoakn smga ksihatnnya kian baik. smga Allah mrahmati n myihati beliau. Amiin.
p/s - t/ksh buat hg yg cepat myampaikn brita ini. wslkm.

Denanz ... berkata...

sdr sham,
semoga beliau dikurniakan kesihatan yg baik, insya-Allah.

Unknown berkata...

salam tuan haji. renungan: apabila sampai tuhan menarik qudrat dan iradat nya maka tinggallah ilmu dan hayat. firmannya, dimana kamu memandang disitu ada aku..