Syukur Allahamdulillah kerana selepas 25 ramadhan, Allah masih menganugerahkan kesihatan yang baik kepada diri saya untuk terus melihat dan membaca. Rutin kerja yang mendesak - seakan sedikit tidak mengizinkan saya untuk aktif dalam blog ini. Bukan itu sahaja, ada beberapa faktor lain juga yang mengekang fikiran ini untuk dikongsikan.
Semalam, sewaktu duduk bersila mendengar tazkiran tarawikh, ada sesuatu yang menyentuh; kata ustad yang memetik ayat az-Zariat:56-58 bermaksud;
"dan Aku (aalah) tidak menciptakan jin dan manusia hanyalah untuk berbakti sahaja kepadaku. Aku (Allah) tidak ingin daripada mereka sedikit pun rezeki atau kepuasan hidup, dan aku tidak ingin agar mereka memberi aku (Allah) makanan. Sesungguhnya Allah, Dialah pemberi rezeki dan Maha Mempunyai kekuatan yang Perkasa."
Ustad bercerita panjang lebar tentang nasib bangsa dan pemerintah hari ini yang terlalu angkuh, bongkak dan sombong. Mereka seperti menjadi penentu kepada rezeki manusia di muka bumi Allah ini. Kesombongan dan keangkuhan itu dicanang di seluruh media perdana bahawa negara dan manusia di negara ini seolah-olah akan mati kelaparan, ekonomi akan menjadi lumpuh, rakyat akan merusuh sekirannya berada di bawah kepimpinan orang lain.
Inilah sebuah ketakutan yang menggila. Budaya ini sedang meresap di dalam seluruh sanubari dan fikiran penguasa kepimpinan negara. Mereka tidak sedar bahawa semua nikmat itu adalah pinjaman yang bersifat sementara. Beberapa pertanyaan berjungkir balik dalam fikiran saya. Adakah kepimpinan kita tidak sedar akan perihal maksud ayat-ayat mukjizat itu? Atau mereka sedar tetapi mereka sengaja ingin mencabar kudrat dan iradah Illahi? Atau apa? Bagi percaturan minda saya yang dangkal dan mudah ini ialah mereka tidak pernah belajar dan cuba mengerti. Saya juga berdoa agar mereka cepat memahami bahawa kuasa dan pemberi rezeki itu berada dalam ketentuan Allah.
Pulang daripada surau saya segera mengambil kitab Minhajul Abidin Karya Imam Abi Hamid Mohammad Al-Ghazali dan diterjemahkan oleh Haji Engku Ali Engku Endut. Kitab ini saya beli minggu lepas di PekanBuku UM bersama-sama Rahimidin Zahari. Saya segera menyelak laman kandungan sambil mencari sesuatu yang terhukum di kalbu. Mata saya terhenti kepada tajuk 'Hawa Nafsu Musuh Paling Merbahaya'. Apa yang saya simpulkan daripada bacaan itu ialah; sesungguhnya nafsu itu musuh paling merbahaya, bala yang paling sukar dihindarkan, rawatannya sesuatu paling payah untuk sembuih, penyakitnya paling sukar untuk dirawati dan ubatnya amat rumit untuk ditemui. sesungguhnya juga bahawa hanya waspada sahaja benteng paling baik untuk diamalkan.
Nah, kerana nafuslah manusia hari ini menjadi gila. Pemikiran mereka terkeluar daripada norma manusia biasa. Bagi mereka, kuasa seperti cinta yang sukar dilepaskan; kuasa seperti rindu yang terhukum dan kuasa adalah segala-galanya. Cara mereka berfikir seperti cara kancil berfikir; cara mereka bercakap seperti harimau mengaum; cara mereka berjalan seperti gajah melangkah; cara mereka melihat seperti helang di angkasa dan cara mereka makan seperti anjing melapah bangkai. Perkiraan nafsulah menyebabkan mereka berperilaku sedemikian.
Saya berkira-kira lagi dengan kelemahan diri sendiri, wajarkah dengan menurunkan harga minyak 10 sen itu akan dapat memenangi hati rakyat setelah kerakusan bermaharajalela dan menggila? Bukankah sewaktu berada di dalam bulan mulia ini, kita sewajibnya bermuhasabah diri.
Cukup-cukuplah dengan apa yang sedang dan sudah dinikmati selama ini. Apa kiranya sama-sama kita merenung nasib rakyat miskin yang mungkin tidak dapat menikmati makna aidilfitri secara sepenuhnya. Bertanyalah juga kepada rakyat yang menderita, sudahkah mereka memaafkan kita yang sering bertindak mengikut nafsu dan bukan perkiraan akal budi?
Justeru, sempena lebaran yang kian berkunjung ini, marilah sama-sama kita renung kembali perjalanan hidup masa lalu sambil berfikir adakah kita disenangi oleh rakan taulan, sanak saudara mahupun rakyat jelata?
Saya berdoa agar pada lebaran kali ini, para pemimpin parti yang beragama Islam akan dapat mengimarahkan budaya kunjung mengunjung ke rumah sambil bermaaf-maafan. Budaya kunjungan ini bukan bermakna budaya memancing atau meraih simpati untuk melompat parti.
Inilah yang saya khuatiri berlaku, iaitu orang UMNO tidak akan berkunjung ke rumah orang PAS atau PKR, begitu juga orang PAS dan PKR tidak boleh berkunjung ke rumah orang UMNO kerana takut proses melobi lompat parti akan berlaku. Jika hal ini disalah anggap, makanya tiada maknanya media kerajaan melaungkan semangat muhibah kunjung mengunjung itu.
Lalu inilah yang saya namakan 'KETAKUATAN YANG MENGGILA' oleh kerana nafsu.
Akhirnya, saya ingin mengambil kesempataan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada pengunjung blog 'Tanah Nurani' ini. Mengertilah bahawa jarak antara kita akrabnya selapis cahaya.
Salam marfirah.

1 ulasan:
Salam..
Ucapan "SLMT HR LEBARAN, MAAF ZHR & BTN" - buat hang sekeluarga.
Mudah2an masih ada ksempatn btemu slpas raya, insya-Allah.
Wslkm.
Catat Ulasan