Salam Ramadhan kepada seluruh warga KPM,
Saya teruja untuk melontarkan sedikit pandangan meskipun pahit untuk ditelan. Izinkan saya bercakap kembali soal bahasa Melayu kerana beberapa hari ini, isu tentang bahasa Melayu khususnya tentang program PPSMI mula dibincangkan di meja bulat KPM. Malah isu ini turut terbawa-bawa ke meja di rumah saya juga ke meja warung kopi.
Saya hanya cuba menimbulkan beberapa pandangan sahaja dan tidak semestinya pandangan saya itu perlu dijawab. Atau, sekiranya jawapan itu telah sedia ada, makanya perkiraan saya ini boleh dibuang atau dilupakan sahaja.
Saya hanya cuba menimbulkan beberapa pandangan sahaja dan tidak semestinya pandangan saya itu perlu dijawab. Atau, sekiranya jawapan itu telah sedia ada, makanya perkiraan saya ini boleh dibuang atau dilupakan sahaja.
i.
Mencari kesudahan ataupun keputusan yang dilakukan oleh kerajaan tidak semudah memetik jari. Hal ini kerana sekirannya jawapan yang diberikan tidak berpihak kepada mereka, makanya mereka akan berasa kehilangan maruah. Mereka menafikan hak patriotisme, akar jati diri dan konsep sebuah tamadun bangsa. Kerana 'maruah mereka', perasan rasa untuk memohon maaf tidak pernah terlintas dalam kotak fikir mereka meski mereka telah melakukan dosa yang amat besar kepada bangsa sendiri. Kajian para sarjana, budayawan dan sasterawan tempatan seakan tidak didengari. Lontaran idea mereka dikatakan berbahu hasutan. Adalah malang sekali, apabila orang yang memperjuangkan nasib bahasa Melayu itu dikatakan tidak mempunyai dan memahami konsep perpaduan nasional. Pejuang ini dikatakan juga tidak memiliki intergriti malah lebih teruk lagi apabila dikatakan ketinggalan zaman atau kolot. Siapakah yang tidak patriotisme sebenarnya?
ii.
Kejumudan percaya kepada bahasa Inggeris yang keterlaluan menyebabkan wujudkan pemikiran yang kolot. Para juak ini tidak pernah melihat sejarah bangsa Jepun, Perancis, Jerman, Korea, Sepanyol, China dan Arab. Jika mereka melihat pun sekadar memandang dengan mata kasar, bukannya dengan mata hati atau kalbu atau juga fikiran. Justeru diikat oleh momokkan bangsa Inggeris yang keterlaluan, mereka memikirkan adalah malang jika rakyat negara ini menolaknya.
iii.
Pertanyaan saya sebelum ini masih belum terjawab atau tiada jawapan daripada pihak KPM; persoalan saya ialah; APAKAH YANG SEDANG MELANDA KELEMAHAN P&P BI HARI INI? TEKNIK, PEMAHAMAN, TEORI, KONSEP, KOMUNIKASI ATAU APA?
Pertanyaan saya sebelum ini masih belum terjawab atau tiada jawapan daripada pihak KPM; persoalan saya ialah; APAKAH YANG SEDANG MELANDA KELEMAHAN P&P BI HARI INI? TEKNIK, PEMAHAMAN, TEORI, KONSEP, KOMUNIKASI ATAU APA?
Jawapan yang perlu dicari ialah menyelesaikan kepada pengertian istilah-istilah itu. Bukannya untuk mencari jawapan terbaik daripada permasalahan itu, lalu semua sistem yang sedia ada itu dimusnahkan.
iii.
Adakah sistem pendidikan negara pada era 60-an hingga 80-an itu gagal? Jika gagal kenapa tidak pernah dijelaskan kepada umum sedangkan kita semua tahu bahawa sistem pendidikan pada era itulah yang dapat melahirkan ribuan saintis juga bijak pandai dalam pelbagai bidang. Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan lain-lainnya itu bukankah telah berjaya melahirkan ramai bijak pandai Melayu Islam.
Inilah yang dikatakan kerana marahkan seekor nyamuk habis kelambu dibakar.
Kita sebenarnya tidak berjiwa merdeka. Kerana itulah kita lebih sanggup menjadi bangsa yang mengikut. Kita selesa menjadi bangsa yang menumpang dan mengapu.
Oleh itu, dal;am bulan yang serba mulia ini, saya ingin mengingatkan diri saya bahawa perjuangan mendaulatkan bahasa sebenarnya telah sedia ada dan termaktub dalam akta Perlembagaan 152 juga dalam seluruh prinsip kerja 'Akta Pelajaran'. Jika kita sendiri yang tidak menghormati prinsip kerja itu, apatah lagi bangsa lain yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap bahasa Melayu. Tentunya, dengan sikap yang tidak patriotisme ini kita akan berhadapan dengan agenda lain yang mengelirukan. Oleh itu, sama-samalah kita menjernihkan kembali cara berfikir dan bebrtindak kita supaya yang kejar akan dapat dan yang sedang dikendong ini tidak keciciran.
Selamat mengimarahkan ramadhan al-mubarak. Moga amalan kita diterima oleh Allah SWT.Oleh itu, dal;am bulan yang serba mulia ini, saya ingin mengingatkan diri saya bahawa perjuangan mendaulatkan bahasa sebenarnya telah sedia ada dan termaktub dalam akta Perlembagaan 152 juga dalam seluruh prinsip kerja 'Akta Pelajaran'. Jika kita sendiri yang tidak menghormati prinsip kerja itu, apatah lagi bangsa lain yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap bahasa Melayu. Tentunya, dengan sikap yang tidak patriotisme ini kita akan berhadapan dengan agenda lain yang mengelirukan. Oleh itu, sama-samalah kita menjernihkan kembali cara berfikir dan bebrtindak kita supaya yang kejar akan dapat dan yang sedang dikendong ini tidak keciciran.
Amin.
1 ulasan:
Assalamualaikum Sdr Sham,
Selamat beribadat dan bermunajat sepanjang Ramdan. Tentang PPSMI pemimpin2 Melayu ini juga lupa bahawa Tuhan telah menganugerahkan BM ini kepada kita bagi mencari kebenaran-Nya, dan bukan sekadar Sains dan Matematik: " Dan antara tanda2 kekuasaannya termasuklah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi orang2 yang tahu." al-Rum:22
Jadi apabila hendak menyelamatkan air muka yang lebih penting daripada kebenaran, maka bangsa kita akan dimalukan nanti.Mereka mungkin sudah bersara pd waktu itu. Teruskan perdebatan ini bukan untuk kocek kita, tetapi untuk impian kebenaran. Mudah-mudahan akan direstui-Nya. InsyaAllah
Baha Zain
Catat Ulasan