Jumaat, 21 November 2008

BERITA: MESYUARAT AGUNG PENA KE-45


Kepada semua ahli PENA, Mesyuarat Agung PENA ke-45 akan diadakan pada ketepatan berikut:

Tarikh: 23 NOVEMBER 2008 (AHAD)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Agenda Penting: Pemilihan Jawatankuasa sesi 2009/2010

Saudara dijemput hadir untuk sama-sama berjuang menentukan hala tuju sastera dan nasib bahasa Melayu negara. Undi dan sokongan saudara amat dihargai.

Selamat bermesyuarat.

2 ulasan:

BahaZain berkata...

Salam Sdr Sham
Saya tak tahu ke mana sebenarnya PENA akan menentukan halanya dalam simpang siur politik dan budaya yg kacau .Sejauh mana PENA dapat menyumbang membina rumah yg kukuh bagi semua masyarakat bangsanya. Cuma kadang-kadang krisis boleh membersihkan dosa dan membawa ke arah kekuatan baru spt Mei 13, 69.Saya masih ingat seminggu berikutan 13 Mei di jalan raya hanya ada anjing, orang gila dan polis saja.PENA tak punya rumah spt sekarang, tetapi PENA sangat gagah dengan daya fikir dan daya juangnya. Saya pun pd Mei itu tepat berusia 30 tahun. Ke mana hendak kita bawa PENA sekarang?

sham al-Johori berkata...

Dato' Baha yang saya hormati,
Tahniah juga meski tugas kita kian getir. Kita mungkin melalui jalan sukar tetapi sekurang-kurangnya kita telah/ akan melakukan sesuatu yang bakal menebus dosa kita.
Saya faham rumah kita walaupun tegak berdiri itu sebenarnya sedang dihurung anai-anai. Anai-anai inilah yang perlu kita cari racunnya supaya dapat meninggalkan rumah kita dengan aman dan damai. Saya menanti saat itu.
Salam