Rabu, 27 Mei 2009

PPSMI: ANTARA KEPUTUSAN, GESAAN DAN PAKSAAN


Gambar: Baharuddin Kahar, S.M. Zakir, aku dan Mohd Saleeh Rahamad selepas menyerahkan memorandum PENA (Desakan Mansuh PPSMI) kepada TPM di majlis anjuran ITNM di Putrajaya.


SEMALAM, TPM menyatakan bahawa beberapa minggu lagi keputusan sama ada PPSMI akan dimansuhkan atau diteruskan akan diumumkan setelah diputuskan oleh kabinet/ parlimen, dalam ucapannya ketika berdepan dengan NGO pertubuhan-pertubuhan Cina iaitu;

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) dan Malaysian Seven Major Clans Association.

Lima pertubuhan Cina lain adalah Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia, Nanyang University Alumni Association of Malaya, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

Beliau memberikan jaminan untuk membuat keputusan secepat mungkin setelah memanjangkan tempoh kajian dan perbincangan. Saya melihat hal ini secara positif dengan harapan yang juga lebih seribu kali positif.

Nampaknya, setelah pertemuan dalam majlis anjuran ITNM di Putrajaya minggu lepas (yang turut melibatkan pertemuan peribadi antara TMP dengan sasterawan-sasterawan negara) seakan ada bayangan jawapan yang terkesan.

Mudah-mudahan dengan gabungan Resolusi PPMN 2009 dan desakan-desakan pihak tersebut, harapan kita untuk memartabkan semula Bahasa Melayu akan terlaksana. Saya berpendirian tegas iaitu, impian untuk mengembalikan semula maruah bahasa Melayu yang tercalar hari ini terletak di tangan kuasawan (politikus UMNO). Di tangan merekalah semua itu bermula dan di tangan mereka juga masalah ini perlu dikembalikan atau diselesaikan.

Gabungan tenaga orang muda dan tua di dalam PENA, GAPENA dan GMP bertujuan murni dan cinta akan bahasa dan bangsanya. Jiwa dan hati nurani mereka amat pedih setelah sekian lama diperkotak-katikkan oleh ketamakan dan ketirisan warisan sejarah. Inilah gerakan ikhlas pencinta keamanan dan kesatuan konsep 1Malaysia. Fahamilah kejujuran ini.

Saya berharap setelah TPM mendengar suara hati orang Melayu, mendengar cakap orang Cina dan mendengar kegusaran orang India, mendengar rintih dan rayuan orang kampung; makanya dengan harapan yang tidak dipaksa oleh mana-mana pihak KEMBALIKANLAH MARUAH BAHASA MELAYU: MANSUHKAN PPSMI.

Bahasa Melayu sudah sekian lama gagah perkasa di persada dunia jadinya tidak perlu lagi untuk diperkasakan (baca harapan Hishamuddin, mantan menteri pelajaran); yang lebih penting ialah mempertahankan maruah dan kedaulatan bahasa Melayu.

Yang perlu diperbetulkan hari ini ialah sikap ketidakpercayaan kepada bahasa Melayu perlu digikis dan dibakulsampahkan. Pertahankan sikap kecintaan kepada bahasa gemulah kita.

9 ulasan:

Zarif Hassan berkata...

Salam tuan sifu,
TPM cakap beberapa minggu, TM Pelajaran pula nyatakan 6 bulan lagi. Yang mana satu yang betul? Akhirnya tambah dua-dua jadi 6 bulan dan beberapa minggu. Jangka masa tu boleh mengubah macam-macam paradigma pelajar. Terseksa sungguh!!!

Pencinta Pantai Bersih berkata...

Tuan dosen,
Rasanya paling cepat pun perlaksanaan permansuhan PPSMI ini bermula sessi persekolahan 2010. Yang tgh belajar dlm PPSMI kena teruskan hingga SPM, PMR atau UPSR. Saya juga anti PPSMI tapi kalau ianya nak dimansuhkan, kena berhemah juga caranya supaya pelajar tak teraniaya. Saya rasa itu yg dimaksudkan oleh TPM. Harap2nya lah. Kalau tidak dimansuhkan, kita kena fikir jalan lain pula.. hingga Bahasa Melayu berada di tempat sepatutnya iaitu No 1, selayaknya sebagai bahasa kebangsaan.

DANGAU HIJAU berkata...

Sekurang-kurangnya kita sekarang sudah mampu menarik nafas lega dengan janji-janji TPM. Daripada dahulu sewaktu mantan M. Pelajaran ditakhta , berdegil dengan bermacam-macam alasan. Kononya tidak mahu menjilat ludah sendiri setelah membiarkan kebodohan menguasai akal fikirannya dengan mencanang-canangkan kehebatan bahasa asing. Bahasa ibunda dijunjung, bahasa asing dikelek.

Tanpa Nama berkata...

kenapa saudara mengatakan harapan hanya pada umno utk mengembalikan bahasa melayu...saya rasa sgt kelakar dgn ayat saudara...umno y hancurkan,dan umno yang diharapkan...hahahha....

Sham al-Johori berkata...

tanpa nama
kah kah kah kah
inilah ayat sinis namanya. hehehe

saya budak takde nama berkata...

saya tidak faham.
yang saya faham,UMNO yang jatuhkan martabat bahasa melayu..memang tanggungjawab UMNO utk tebus dosa mereka

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Jika tidak dikotakan kata (dalam beberapa minggu) itu, maka apakah yang tersirat dalam kata-kata itu? Apa-apapun, bukankah Sembrong sudah tenang sekarang...!?

saleeh rahamad berkata...

walau apa pun. gambar jejak dalam blog ni memang hensem.

KakCik berkata...

Tuan2,
Memang hensem pun.. hehe. Terutama yang sengih terlebih tu...