BEGITULAH satu kisah siasah di negeri bernama Perak Darulredzuan. Kononnya seperti bahtera yang punya dua nakhoda, dua pembesar dan dua shahbandar.; maka pelayaran akan sentiasa tenang. Rupa-rupanya kerana diksi 'dua' itu, makanya bahtera seperti kehilangan tujuan juragan. Justeru, kerana terlalu banyaknya diksi 'dua' itu, makanya suatu sayembara telah diadakan untuk beradu kekuasaan sebelum bergelar 'kuasawan' (meminjam istilah A. Samad Said).
Maka semalam ketika UMNO meraikan ulangtahun ke-63nya, berita kejatuhan dan tewasnya memanda menterinya untuk bergelar nakhoda dalam kerajaan Darulredzuan itu menjadi heboh apabila bapak kepengadilan negara mengumumkan ketewasan itu.
Berita menjadi hangat di permukaan lautan. Bulan yang dulunya berwajah pucat dan muram, kini segera menyinar kembali. Harapan dan sokongan rakyat yang bergelar nelayan, petani, penukang, seniman, budayawan, peniaga, korprat, ilmuan dan semuanya yang menjunjung peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung mula menarik nafas lega. Kehijauan flaura dan fauna terasa indah di hujung mata dan mengharum di jiwa. Jerit sorak manusia dan kicau mergastua bersahut-sahut hingga ke sempadan tetangga. Demikianlah sebuah gembira yang hilang beberapa purnama dulu kini menggegar kembali.
Mungkin semua ini akan segera berakhir. Ucapan syukur (meski mungkin sementara) dan tanpa berpihak kepada mana-mana parti bakal mengembirakan. Mudah-mudahan peristiwa ini menjadi ikhtibar kepada bangsa dan negara kita meski semuanya telah menjadi sejarah yang tidak boleh didustai.
Demikianlah sebuah kisah pelayaran di tengah lautan yang sentiasa bermain dengan gelombang dan ribut taufan. Bahtera akan teroleng-oleng malah bila-bila akan karam jika bernakhodakan manusia bertopeng KERA berekor SIAMANG.

4 ulasan:
Mudahan Allah bongkar segala kebenaran...
Tuan,
Ini semua belum berakhir pabila mendengar ulasan segera 'Pemimpin Utama 1Malaysia' semalam (11 Mei 2009) antaranya berbunyi... "Jadi, saya mahu katakan bahawa kita mempunyai kes yang kuat, kedudukan yang kuat dan kita akan merayu terhadap keputusan itu".
Dan hari ini (12 Mei 2009 - 2 petang) terbukti bahawa MB Perak masih Zambry!?
power mean everything, even by hook n by crook, and reasons always there even its a big lies.
Assalamualaikum wbt.,
Dalam keriuhan ini, kawan lebih tertarik dengan kenyataan-kenyataan
segelintir kuasawan dan ahli undang-undang negara.
Apakah benar mereka benar-benar berilmu untuk membuat kenyataan perundangan? Sekali-sekali kedengaran macam budak sekolah bergaduh untuk menegakkan benang basahnya.
Atau semuanya hanyalah dialog yang sudah dibeli membela dan mengampu tuan mereka.
Di kala itu, telinga kawan terasa panas dan menipis...
Hamir Habeed Mohd
Catat Ulasan