Sabtu, 27 Jun 2009

AIR MATA TERTUSUK DURI


SEMINGGU tidak menulis apa-apa di dalam blog sendiri yang kemudiannya menyusul sms daripada teman-teman. Sms berbunyi, 'hai, tak peka kepada bahasa ke? blog tu kalau tak kemas kini tutup aja!'

Saya tidak perlu marah-marah kerana saya pun bukannya pandai marah. Balik-balik senyum aja. Tapi, dalam hati siapa yang tahu?

Sejak akhir-akhir ini saya diburui tugas yang menjengkelkan; rutin yang melibatkan masa depan dalam kerjaya utama. Tak apalah, kita tinggalkan kerja-kerja yang tidak akan mengenal makna selesai itu.

Untuk menjawab sms rakan saya itu, saya perturunkan sajak "Air Mata Tertusuk Duri" yang belum pernah tersiar di mana-mana. Sajak ini saya karangkan saat air mata sudah tidak berair kerana menangisi nasib bahasa yang diperlakukan oleh juak-juak umno. Mudah-mudahan, sajak ini akan membawa kesan kepada berita yang bakal diumumkan oleh menteri pelajaran Malaysia merangkap TPM pada awal Julai 2009 ini tentang PPSMI.

AIR MATA TERTUSUK DURI
(apologia kepada Bahasa Melayuku)

tiada maknanya jernih air mata
yang membasah bumi
saat duri menusuk jantung

hening dan pilu
yang menyatu di dalam nurani
bertukar menjadi serumpun lalang
terbakar di dada malam

air mata adalah darah
yang menuliskan amarah dan dendam
di muka bendera bangsa

setelaga derita
basah di sejadah malam
setia menanti hari
terkuburnya pemimpin
berhati babi.

Shamsudin Othman
Kemboja-Saigon.

Oh ya, jam 8.25 di Berita TV9 malam tadi, mantan PM (Tun Mahahthir) berkata, "orang yang makan rasuah samalah macam orang makan daging babi."

Habis tu, orang yang mengadai maruah bahasa dan bangsanya tak sama macam babi ke? Heheheh, siapa yang babi sebenarnya? Dan sekarang, Rais Yatim dan seluruh rakyat Malaysia sibuk bercakap pasal babi. Selsema babi, gila babi, membabi buta, babi babi dan macam-macam lagi babi. Mudah-mudahan, Allah jauhkan kita semua daripada virus babi.

Saya teringatkan sajak Khalid Saleeh bertajuk "UMNO Baharu".

5 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Bukankah tempoh hari 'Tokoh Agung Pelaksana PPSMI' nyatakan bahawa "rakyat Malaysia akan jadi BODOH jika belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu"?

Makanya sama ada PPSMI bakal dihapuskan sepenuhnya atau dihapuskan separuh sahaja atau tidak dihapuskan langsung... rakyat Malaysia telah 'dihina' olehnya!

D'Rimba berkata...

Jika panjang sudah saya tangkap untuk dideklamasi sepenuh hati...Hebat....

spy berkata...

Aku teringat kata2 atok aku dulu iaitu.. " Bahasa Jiwa Bangsa" Jadi kalau bahasa malaysia sudah tidak di guna pakai lagi maka lama2 Bahasa melayu akan pupus di telan zaman. Maka bangsa melayu di ketika itu ibarat "mayat hidup" kerana jiwa atau roh pada bangsa itu tiada lagi... Wahai pejuang bahasa dan pejuang bangsa teruskanlah perjuangan anda...

Luqman Hakim QA berkata...

membaca sajak itu dan mengenangkan keserabutan BM, saya terperangkap antara sedih dan marah ...

S.M. Zakir berkata...

mahathir bapak segala babi