Selasa, 16 Jun 2009

APA YANG AKAN SAYA BAYANGKAN


APA yang akan saya bayangkan ialah exco-exco UMNO dan pakatan rakyat berganding idea memakai tali pembalut kepala yang bertulis MANSUHKAN PPSMI di dalam dewan parlimen. Hanya dengan cara ini, PM dan TPM dapat menyedari bahawa di bawah slogan 1Malaysia dan iltizam pembentukan kerajaan perpaduan makanya, slogan ini diharap dapat menyatukan hati banyak pihak.

Saya tidak pernah menolak kepentingan atau menyatakan tidak kepada BI. Cuma apa yang saya kesalkan ialah kerajaan di bawah pimpinan UMNO seperti sedang menguburkan kedaulatan bahasa Melayu dan sastera Melayu. Entahlah, di mana-mana saya dan rakan-rakan asyik menyatakan kegusaran ini. Seorang rakan yang berkerja di Astro pernah memberitahu bahawa kalau tidak kerana pekerja-pekerjanya ramai Melayu, sudah tentu siarannya dikuasai oleh filem barat, cina, hindi mahupun indon. seorang lagi sahabat saya yang bertugas di akhbar perdana menceritakan juga bahawa ruang sastera di dalam akhbar mereka menyekat pendapatan jualan iklan.

Entahlah, sudahlah nasib surat khabar harian jawi menjadi sekali seminggu. Sekarang ada pula agenda yang ingin mengurangkan muka surat ruangan sastera pula. Alasan yang sampai ke telingan saya ialah mereka perlu mencari wang sebanyak mungkin untuk menampung kos kenaikan harga kertas dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Nah, kenapa ruangan sastera pula yang perlu dikorbankan, tidak ruangan hiburan yang keterlaluan dan menjijikan! Oppp, saya terlupa bahawa orang Malaysia suka membaca ruangan gosip berwajah gadis jelita daripada ruangan yang sedikit ilmiah. Inilah mentaliti rakyat dan bangsa kita. Cerita penceraian artis lebih penting daripada kisah penghakisan jati diri Melayu. Kisah homosex lebih menjadi pilihan daripada kisah aulia dalam ruangan agama.

Saya sendiri keliru memikirkan dua kelompok manusia Melayu. Kelompok pertama yang menjadi pemimpin asyik mencetuskan idea untuk merosakkan warisan dan jati diri Melayu. Manakala rakyat biasa pula lebih tergoda dengan kisah-kisah bernafsu-nafsi. Sementara golongan pertengahan yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak pula, asyik berada di dalam kepompong dunia mereka sendiri. Tindak tanduk mudah mereka ialah janji Malaysia aman, damai dan dapat makan minum secukupnya. Kata mereka, kita perlu bersyukur kerana dapat menumpang nikmat kesenangan. Wah, senangnya jika menjadi golongan ketiga ini.

Saya berkira-kira juga, bagaimana jika negara kita belum merdeka lagi? Adakah kita ingin memberikan keistimewaan kepada rakyat bukan peribumi seperti hari ini? Adakah kita sudah mempunyai kuasa mutlak untuk mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu?

Saya teringat seorang rakan karib yang sempat berkunjung ke blog saya lalu meninggalkan catatan, 'di kampung saya ada banyak babi'. Ayatnya pendek, sebaris dan mempunyai enam perkataan sahaja. Mari sama-sama kita renungkan ayat itu sedala-dalamnya tanpa merujuk kepada bangsa bukan peribumi. Maknanya, tanda atau lambang atau simbol kepada babi itu agaknya merujuk kepada apa?

8 ulasan:

D'Rimba berkata...

Saya bayangkan selesema Babi melanda negara.....Huhuhu.....

sahrunizam abdul talib berkata...

Golongan pertengahan atau ketiga itu ialah la la ang. Ditiup angin ke kiri, ke kirilah ia. Ditiup angin ke kanan, ke kananlah ia. Mereka hanya memikirkan tentang mulut dan perut mereka.

KakCik berkata...

Betul ke Tuan SO? Rasanya dia tulis "Babi semakin membiak di negeri saya"...

Tapi mmg babi dan babi hutan makin banyak sekarang ini (ini bukan ayat satira).

Syafiq Afifi berkata...

tapimmg betul la yg org msia ni suka artis lebih sgt.

nama artis semua dia hafal

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Saya bayangkan lilitan kain di kepala bertulis "BENCI PEMIMPIN SAMPAH (BUAT PEMIMPIN HIPOKRIT PAS YANG ADA 2-3 ORANG ITU YANG SOKONG KERA.... PER......"!

Beberapa pemimpin PAS kini mula mendekati 'perangkap sampah di persampahan'?

Zarif Hassan berkata...

Salam tuan dosen,

jika berfikir sejenak, kadang kala apa yang Frank Sweetanham gambarkan kepada orang Melayu ini ada betulnya; tidak mahu berfikir jauh dan tidak menghargai sesuatu khazanah. Kalau pak menteri berlilit serban 'Anti PPSMI' sekalipun, itu hanyalah retorik untuk sihirkan golongan marhain.

Luqman Hakim QA berkata...

akhbar berbahasa Melayu mana ada memperjuangkan bahasa Melayu? UM? BH? Mereka macam orang melenting tak tentu pasal apabila membangkitkan soal ras dan kaum. Itu cuma. Pikirlah...
Ruang sastera dalam akhbar bahasa Melayu? Itulah antara ruangan yang akan pupus ditelan zaman nanti. Sekadar hadiah sastera untuk memartabatkan sastera dan bahasa? tak payah cakaplah!

Hang Kebun berkata...

merujuk kepada kamus dewan orang kampung aku... babi yang dimaksudkan ini adalah manusia-manusia yang ada otak tapi tak mahu fikir sedalam dalamnya... main sondol macam babi hutan saja... tengok sekor babi sondol yang lain pun ikut sondol tak kira apa yang di sondol asalkan perutnya boleh dibuncitkan... begitulah tabiat sekawan babi...