ANEH LAGI AJAIB apabila pemimpin Melayu mula tidak yakin dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Kemelut PPSMI belum berakhir, kini rakyat disajikan pula dengan desakan wajib lulus subjek BI dalam peperiksaan paling penting iaitu SPM.
SPM adalah peperiksaan yang bakal menentukan masa depan rakyat Malaysia. Lulus atau gagalnya SPM akan menjadikan rakyat Malaysia itu seorang doktor, guru, pegawai kerajaan, usahawan berjaya mahupun penagih dadah. Inilah hakikat yang perlu disedari oleh seluruh umat Malaysia.
Agenda muluk akan menjadi hina jika tidak dikaji atau dinilai dengan kebitaraan yang ikhlas. Kita ingin melihat rakyat yang berdaya saing dengan dunia luar. Menguasai BI adalah satu bukti terbaik ke arah itu. Saya sokong sepenuhnya tetapi saya perlu memikirkan pro dan kontranya.
Pendapat atau pandangan pelbagai rumpun masyarakat perlu didengari dan diselidiki sebaiknya. Kita ingin melihat satu keputusan yang dapat memenangi hati semua pihak meski ada yang tidak bersetuju. Sekurang-kurangnya, kita sedang berusaha memberi kepandaian kepada bangsa dan rakyat bergelar Malaysia.
Malah, apa yang lebih penting ialah kita perlu menerapkan kepercayaan mutlak kepada Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu yang menjadi teras kepada pembentukkan sebuah tamadun bangsa dan negara berdaulat.
BI dipelajari; BM didaulati - barulah kita dapat melahirkan masyarakat yang bermodal insan.

9 ulasan:
Babi semakin membiak di negeri saya.
Sengaja mengaburi isu PPSMI untuk dikukuhkan lagi terus dilaksanakan gamaknya ini...........Cis. Sebelum sibuk mewajibkan lulus BI, kembalikna sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seluruh ilmu di tadika hingga universiti awam mahupun swasta.....
Seandainya syarat lulus BI SPM ini dikuatkuasakan, PPSMI wajib dimansuhkan.
Tuan,
Pada firasat kerdil ini... ini mungkin mainan terancang pihak 'itu dan tertentu' untuk pecah belahkan asas perjuangan untuk mansuhkan PPSMI? Mungkinkah?... harapnya tidak benar firasat ini!
Cikgu, mana gambar buku karya-karya cikgu? Saya mahu iklankan di blog saya.....Kalau ada segera emel saya gambarnya di drimba81@gmail.com. Terima kasih cikgu. Saya baru sahaja hadiri bengkel deklamasi sajak dan syair di DBP. Indahnya makin saya mencintai bidang ini cikgu sungguh tidak kusangka diriku cintakan warisan sebegini rupanya..........Terima kasih cikgu ini semua hasil nilai-nilai sajak cikgu yang meresap dalam jiwa.
Tuan SO,
Kena lulus BI untuk lulus SPM? Simply bullshit! Kita duduk negara mana ni? Makin menganaktirikan penduduk majoriti! Dahlah bila buka TV, rasa macam duduk di Hong Kong, di sekolah hampir macam di UK. Nak dapatkan sijil SPM yang (hampir 100%) menentukan halatuju hidup di tanahair sendiri pun kena mahir bahasa asing? Gila!
Cikgu Shamsudin,
macam saya kenal aja bucu komputer riba, tali jam, buku dan kad pelajar dalam foto di atas :D
rebeccha Ilham,
Ya, maaf krn mengambil gambar dr bolg tuan tanpa minta izin. Bukan apa, selepas membaca blog tuan tu, saya mencari novel tersebut. Dah jumpa dan dah habis baca pun.
Maaf seadanya jika tidak disenangi dengan cara saya ini. Maaf sekali dan terima kasih banyak2.
Cikgu,
tak apa-apa. Cuma terkedu sekejap :D
Bolhlah berkongsi pendapat tentang koleksi cerita-cerita pendek Jhumpa Lahiri (yang sebenarnya panjang) tu ya?
Catat Ulasan