Rabu, 24 Jun 2009

KETERHARUAN YANG MENUSUK


PULANG dari tugas kerana kerja-kerja menyiapkan tesis agak lewat malam. Masuk ke rumah; sunyi dan sepi serta gelap (sangkaan isteri dan anak-anak sudah lena dibuai mimpi). Jam menunjukkan sekitar 12.05 malam. Saya ke arah suis lampu dengan langkah gerak hati terus menekan punat suis. Menyala sahaja lampu kalimatan, riuh dan jerit anak-anak "Selamat Hari Bapa" memecah sunyi malam. Anak yang kecil melompat untuk didakapi. Dengan senyum dan tawa mereka; di meja kecil tersedia beberapa kotak hadiah dan kek kecil. Kami makan bersama-sama hingga jam 12.30 malam.

Membuka hadiah-hadiah yang diberikan anak-anak; amat mengharukan. Ada sebatang pensil, ada sebuku pemadam dan kotak satu lagi ialah kertas putih A4 satu rim jenama Double A. Sehelai nota tertulis;

"Kalau ayah salah tulis dengan pencil ni, ayah guna pemadam adik. Kertas tu nanti ayah tulislah sajak banyak-banyak. Kami sayang ayah."

Ya Allah, saat itu ada keterharuan yang benar-benar menusuk. Rupa-rupanya dalam diam seluruh gerak-geri saya diperhatikan anak-anak.

Lalu hati kecil saya berdetik sendirian, "ayah terbaikkah saya ini untuk anak-anak yang sedang mendewasa?"

Dalam waktu itu juga, saya teringatkan kisah khasiat pinang muda yang dihikayatkan oleh Malim Ghozali PK kepada kami (saya, En. Saleeh Rahamad, S.M. Zakir, Dato Baha Zain dan Dr. Ahmad Razali ketika kami makan tengahari di warung Kancil semalam siangnya).

Sebelum tidur, saya sempat membayangkan ayah saya yang sedang bergelut dengan sakitnya. Moga ayah saya segera sembuh dalam rahmat dan hidayah Allah SWT. Amin.

SELAMAT HARI BAPA kepada sahabat-sahabat saya.

6 ulasan:

PPB berkata...

Wah, bestnya! Patut tuan bersyukur punya isteri dan anak2 yg sangat sayangkan tuan. Sanjungi dan hargailah apa yg tuan ada.

edolah berkata...

Bersyukurlah dengan zuriat yang kita ada. ciri-ciri abuya mithali mungkin ada pada tuan..tahniah! Dengan panduan kalam suci dan sirah nabi...Insya Allah selamat kita di dunia dan akhirat dalam membesarkan anak-anak.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

salam sdraku..

smoga tuan akan menjadi bapa misali..

amiin.

wslkm.

Melihat Kesunyataan berkata...

Din,
Terharu dengan sambutan yang disediakan oleh isteri dan anak-anak tuan. Ingatlah sampai bila-bila tulisan mereka itu, 'Kami Sayang Ayah!'
Itulah tangkal kasih sayang yang akan mengikat silaturrahmi tuan sekeluarga.

saleeh rahamad berkata...

gitu punya ramai anak..belum kena pinang muda tu. kalau kena pinang muda..hai tak taulah.
pak malim ni boleh caya ke.

ekspresi berkata...

kita hampir sama, menanyakan peranan dan tanggungjawab sebagai ayah. selamat hari bapa untuk tuan dan aku juga.