Isnin, 8 Jun 2009

KITAKAH TUAN DI TANAH AIR KITA SENDIRI?


SEMALAM Samy Vellu, Tan Siew Sin mahu pun Awang Selamat mengeluarkan kenyataan yang berbaur cauvinis dan rasis. Mereka bertelagah pendapat dengan pandangan yang sedikit bertentangan dengan prinsip 1Malaysia. Saya dari kejauhan membaca dan menikmati kisah ini dengan sedikit rasa tersinggung setelah berfikir sejenak tentang usia kemerdekaan 51 tahun negara kita.

Saya juga tertanya-tanya, siapakah tuan di tanah air ini? Dan, pada hari ini pula, ada pemimpin pemuda MIC buat laporan polis terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, semata-mata kerana ayat ini: Bila orang Melayu membela hak Melayu, mereka kata perkauman, namun apabila mereka membela hak mereka dan ada kalanya menyinggung perasaan orang Melayu dan raja-raja Melayu, mereka tidak menganggapnya sebagai perkauman.

(Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, Utusan Malaysia: 4.6.2009).



Wah, ada unsur kontradik rupa-rupanya!

Saya membayangkan inilah kesannya apabila perpaduan itu tidak diikat oleh bahasa yang menjadi tunjang keutuhan sesebuah negara. Inilah kesannya jika bahasa Melayu terlalu dianaktirikan. Inilah kesannya juga jika bahasa Inggeris itu diberi muka hingga pijak kepala. Siapakah yang perlu dipersalahkan? Adalah lebih baik sekirannya, bahasa Melayu itu didaulatkan kembali supaya hanya dengan satu bahasa sahaja matlamat perpaduan itu boleh dicapai. Membuka ruang kepada bahasa-bahasa lain apatah lagi yang berbaur penjajah hanya akan mengundang parah dan hancur.

Mengikat perpaduan dengan satu sistem bahasa telah terbukti berjaya, misalnya negara Indonesia dengan slogan 'Satu Bahasa Satu Negara' atau pun Perancis yang berpegang kepada prinsip 'Bahasa Kita Roh Kita' .

Hari ini, dengan usia kemerdekaan negara yang menua itu, kita sedang berhadapan dengan tuntutan demi tuntutan yang dilihat mewakili bangsa hingga akhirnya timbul istilah rasis.

Nah, tanpa banyak berbicara mari kita renung kembali, kitakan tuan di tanah air sendiri?

5 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Shamsuddin,
Saya setuju dengan slogan 1 bahasa 1 Malaysia. Sepatutnya sejak dulu lagi.
Apahal pun tahniah kerana memenangi salah satu anugerah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2008.

Luqman Hakim QA berkata...

Ya betul! setuju bangat. unsur bahasa tidak pernah diambil kira selama ini. tapi kalau bumi sabah n sarawak minta lebih macam mana al-haj?

D'Rimba berkata...

Malu sahaja bangsa sendiri mengkhianati bahasanya sendiri hingga menyebabkan bangsa lain tidak menghormati kita sepenuh hati. Inilah padahnya..........Lagi mahu menagguhkan dengan pelbagai alasan.

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
IBRAHIM ALI? Siapa tu...?
Ohh... insan itu, saya sokong kenyataannya itu. Apatah lagi dikaitkan dengan peranan besar bahasa Melayu.

Tapi tidak sokong insan yang berbelit-belit mengkhianati PAS sedangkan insan inilah yang gunakan 'bulan' semasa menang Mac 2008!

dahrie berkata...

setuju dengan pendapat tuan. kita hidup dalam 3 sistem yang berbeza yang berasaskan kaum sejak merdeka, -dari sekolah,bahasa, pemilikan dan lain-lain.

secara perlembagaan, jelas ia bercanggah.

sepatutnya, konsep 1Malaysia ialah 1Bahasa, 1Sekolah dan 1Sistem