Rabu, 3 Jun 2009

TERIMA KASIH, YA ALLAH


TERIMA KASIH, YA ALLAH. Nyawa saya rupa-rupanya masih panjang. Syukur yang tidak terhingga kerana saya masih diberikan ruang dan kesempatan untuk menghirup udara segar dan nikmat kehidupan ini.

Kesihatan saya yang terganggu sejak dua tiga hari ini menyebabkan saya membatalkan penyertaan saya untuk mewakili UPM dalam kejohanan Sukan Staf antara universiti yang dianjurkan oleh Universiti Terengganu Malaysia. Saya yang pada peringkat awal akan mewakili pasukan sepak takraw veteran dan 4X100 meter veteran terpaksa membatalkannya apabila ketua kontinjen turut terpaksa menggugurkan nama saya daripada senarai peserta kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Saya akur walaupun berat sekali.

Rupa-rupanya sakit itu adalah rahmat yang tidak terhingga. Sukan Staf antara universiti ini (2-8 Jun 2009) dijangkakan akan melibatkan hampir 2 ribu peserta dan kemuncaknya akan diadakan di Stadium Bola Sepak Gong Badak, Terengganu.

Semalam, berita runtuhnya bumbung stadium ini benar-benar memeranjatkan saya. Berita yang berkumandang di pelosok tanah air itu dan musibah stadium yang bernilai RM270 juta itu tidak dapat saya bayangkan. Andai kata, pada waktu itu saya sedang berlari (4x100 m) atau sedang membuat rejaman (main sepak takraw) tiba-tiba bumbung stadium itu runtuh dan jatuh ke atas diri saya. Ya Allah, mungkin saya mati atau cedera parah atau cedera ringan atau paling tidak terkejut dan trauma.

Allah masih memberikan ruang kepada saya untuk bertaubat dan menginsafi diri. Terima kasih, Ya Allah. Ampunkan segala dosa-dosa yang telah saya lakukan. Amin.

10 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

rejaman seorang apit kiri veteran.
tentu hebat libasan gulungnya!
:-)

rozais al-anamy berkata...

Sham,
Salam pagi.
Dan kita merancang, sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.

Moga jadi pedoman pada setiap dugaan yang menerpa hidupmu.

Sesungguhnya Allah memeliharamu kerana agama dan bangsa masih memerlukanmu.

Luqman Hakim QA berkata...

Ahaks...haji nak lari 100 meter? Barangkali nak ditunjukkan betapa berlakunya kong kalikong dalam urusan tender dan sebut harganya. anak pak jusoh mesti tau jawapannye. kontraktornye pun bukan calang dan kroni umhhh..nooo

edolah berkata...

Tn hj,
Correction...
nilai stadium tu, tuan lupa letakkan juta di hujungnya. tapi mungkin juga kos pembuatannya senilai dengan RM270 apabila melihat pada keruntuhannya.
mungkin keruntuhan stadium tu memberi tanda keruntuhan be end pada PRU13 nanti...Takbir!!

Melihat Kesunyataan berkata...

Shamsuddin,
Memang benarlah kata pepatah cina, bahawa sesuatu yang buruk itu sebenarnya ada kebaikannya. Manakala sesuatu yang baik itu biasanya ada keburukannya.

D'Rimba berkata...

Wah main sepak raga ya cikgu? Kami muda jauhari perlukan lagi bimbingan bermakna daripada cikgu...........

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Yang diharap 'runtuh' dahulu tapi masih lagi 'kukuh'? Akan runtuhkah 'objek itu' suatu hari nanti?
Bukan setakat 1 Malaysia yang tahu tapi 1 Dunia dah
mentertawakannya...

D'Rimba berkata...

Saya akan hadir 5 dan Jun di Rumah Pena dua malam tersebut ada acara satu Baca Puisi satu lagi Lagu Melayu Asli. Jumpa cikgu di sana harapnya.

D'Rimba berkata...

5 dan 6 Jun ada acara di Rumah Pena.

Hasmora berkata...

Salam Tuan Haji,

Firasat Ustaz Zaid, kemungkinan disebabkan ultraman bermesyuarat di dalamnya.. firasat hamba; mungkin ultraman main sembunyi-sembunyi dengan resaksa dalam stadium tu..

wallahua'lam.