MOGA KAU MENGERTI ANAKKU
Malam tadi,
anakku bertanya
"mengapa ayah tulis sajak?"
Aku renung bola matanya
seperti cahaya bulan mengambang
api di dalam diriku tiba-tiba terpadam
lalu aku tinggalkan segugus waktu untuknya.
Setelah sepi dan diam membisu seketika
anakku bertanya lagi,
"ayah suka sajak, ya?"
Aku terus membaca desir angin
yang menerjah ke dada
sambil menelan pertanyaan demi pertanyaan
yang tak tergamak kujawab.
Dan untuk kesekian kalinya,
sebelum anakku sempat melontakan soalan ketiga
aku segera mencelah,
"sajak adalah ibumu yang kusetubuhi setiap waktu."
Saat itu,
yang aku saksikan di ubun-ubun kepada anakku
adalah lingkaran kata-kata
yang sesat menuju pulang.
Shamsudin Othman
madrasah sham al-Johori,
Kuala Lumpur.
16 ulasan:
adui adui duii duii
tuan haji kenapa disenggamakan puisi dengan isteri?
kelak ramailah yang menulis puisi
hingga tidak cukup kalam dan kertas
untuk menampung madah dan majas
wah wahhh.. hebat cinta cikgu..
sesuci cinta kekasih..
aduh, luar biasa sekali sajak tuan haji kali ini.
Tuan,
Lalu aku bertanya... kenapa tuan tidak menulis dan membikin teater (seperti sahabat di Istana Budaya)? Lalu aku membaca desir angin teringat kata teman Istana Budaya itu..., teater lebih puas untuk 'mengata-ngata'!
Aku keliru, pasti anakmu juga keliru.
Rangkap ke-4 tu sah tak dapat masuk komsas.hehe
Teman2,
Itulah yang sering saya fikirkan utk jawapan daripada pertanyaan anak-anak yang bertalu-talu.
Semalam mereka bertanya lagi,
"ayah, setubuh tu apa?"
Kali ini saya tidak menjawab apa-apa cuma meminta anak saya itu bertanya kepada ibunya. Beberapa minit kemudian saya mendengar leteran isteri, "ayah kamu dah gila agaknya?".
Anak saya kian binggung....
saya dah baca sajak tuan
Tapi saya tak boleh baca tuan.
Betul kata aku. Aku keliru kerana seorang penyair sufi seperti anda begitu "explicit" dgn anak kecil. Reaksi isterimu sama dgn reaksi awal dlm hatiku bila sahaja membaca entri ini..
tak salah rasanya pakai ayat macam tu. lebih mendalam maksud, lebih tersirat. bagus cikgu.
Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak setuju dgn penggunaan ayat sebegitu utk anak kecil. Tapi terpulanglah, itu anak tuan sendiri.... Sekadar prihatin.
sajak tu menggunakan hyper imagery.
kenapalah banyak sangat komen kalau sentuh hal begitu? biarlah tuan haji bermadah kan?
saya juga tak nampak kesalahan pada jawapan itu. cuma yang kureng sikit, apabila jawapan itu diberi kepada anak kecil..nway, mungkin tuan hj punya justifikasi yang tersendiri. (kerana justifikasi itu haknya terletak di sudut yang sangat subjektif).
menjawab pertanyaan saleeh rahamad..
bab begini memang banyak yang berminat. contoh paling mudah, pelajar-pelajar saya bila masuk je tajuk 'Sabor' dalam komsas tingkatan 5.riuh rendah kelas dibuatnya. lagi-lagi kalau kelas mekanikal/elektrikal yang majoritinya pelajar lelaki.
Hyper Imaginary ke Tuan Saleeh? Yang saya faham hanya cerita mudah dan benar barangkali, mengenai kisah Tuan SO dan anaknya. Dan yang kita pertikaikan adalah penggunaan perkataan yang tidak sesuai utk anak kecil. Bukan sebab "hal begini" yang menjadi minat.
Sifu...Apa kata tukar kepada senggama?
Hahahahaha!
Kakang
Catat Ulasan