Selasa, 15 Disember 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA


TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mencipta nama di Laos dan Sukan SEA. Setelah hampir 20 tahun pasukan bola sepak negara tidak mengukir nama dan hanya bergelar 'pasukan belasahan merangkap jaguh kampung', kini kita boleh ukir senyuman kembali.

Tanpa meletakkan sandaran tinggi dalam pertandingan akhir nanti, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia khususnya saya sudah boleh berbangga atas kejayaan pasukan ini. Tahniah sekali lagi.

ii
Saya sebenarnya malas nak bercakap tentang bagaimana cara pemimpin negara/ tanah air berfikir. Dua hari lepas kenyataan TPM dengan aganda "UMNO JUARA RAKYAT" dan semalam dengan harapan menggunung supaya "ORANG MELAYU BELAJAR BAHASA CINA." Tanpa berniat untuk mengkritik tetapi memberi reaksi awal, saya melihat bahawa budaya 'phlegmatic' seperti yang dikatakan oleh Lincon Steffens di dalam bukunya 'The Shame of the Cities' sedang menjalar di dalam tindak tanduk pemimpim UMNO. Budaya ini wujud apabila pemimpin lebih menumpukan perhatian kepada hasil daripada mencari kaedah dan tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada watak dan perwatakan diri sendiri yang umumnya adalah hamba politik (Rujuk buku "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi" (DBP:2009) tulisan Syed Hussein Alatas.

Akhirnya, lebih baik untuk sehari dua ini, saya memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak bawah 23 Malaysia yang sedang berjuang di Laos.

Dan, bercakap tentang Laos, saya bersama-sama rakan PENA telah berjaya menjejakan kaki di tanah Laos pada tahun 2007. S.M. Zakir berjaya menulis cerpen "Cerita untuk Teman-teman", (Dewan Sastera; Ogos 2008), dan Rahimidin Zahari berjaya menghimpunkan sejumlah puisi di dalam kumpulan puisinya "Perjalanan Salik" (2009), sementara saya dan rakan-rakan lain hanya berjaya menghasilkan puisi eceran sahaja (sebab makam sasterawan kami tidak setaraf dengan mereka berdua).

Laos sebuah negara yang masih berjuang dengan pembangunan. Rakyatnya yang ramah dan penuh budi itu perlu dicontohi.

6 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Hamba ini salah seorang pengkritik pasukan bola sepak kebangsaan tapi 'kritik kerana masih sayang...', jika tidak sayang maka biarkan sahaja pasukan Malaysia itu hanyut dan tenggelam. Semalam menonton perlawanan menentang Laos, memang Malaysia bermain baik dan bermutu dalam kesungguhan yang luar biasa (cuma sesekali ada longgar yang kecil sifatnya). Tahniah pasukan Malaysia semalam membuktikan sesuatu yang bernilai - alang-alang sudah ke akhir semoga memperoleh emas!

ekspresi berkata...

bola sepak malaysia? emmmmm... tiada komen.

S.M. Zakir berkata...

yang kita pergi tu Kemboja la tuan aji bukan Laos... Laos rancang nak pergi tahun ni dengan Rahimidin.. tak jadi

Tanpa Nama berkata...

Mcmn nak maju jika sokongan rakyat seperti saudara ekspresi...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
tuan terlalu banyak kembara
sampai terlupa dah sampai
Pulau Karimun
ataupun
Kundasang.
He he...
Biasalah tu ... letih, byk
komitmen.
Khabarnya hari ini mesyuarat agung
PENA ptg MPR di P Dickson pula?

Selamat bertugas!

Melihat Kesunyataan berkata...

Samsudin,
Masa menulis 'Hikayat Berguru dengan Alam' di Kemboja tu ada tak nampak, harapkan pagar, pagar makan padi. Sebenarnya pagar tak makan padi, yang makan padi...