Selasa, 30 Mac 2010

BENGKEL PENULISAN KREATIF XI UKM 2010

ESOK 31 Mac 2010, tibalah giliran saya untuk membuat pengakuan 'proses kreatif' di UKM. Sebenarnya sudah banyak kali saya menolak permintaan Dr. Mawar Shafiee ini khususnya atas undangan sebegini. Saya kira, saya bukan penulis yang layak untuk dikongsikan ilmu kerana perjalanan sastera tidak seindah rakan-rakan seperti Rahimidn Zahari, SM Zakir, al- haj Faisal Tehrani, Siti Jasmina, Salina Ibrahim mahupun Nisah Haron. Saya terlalu kerdil untuk bercakap seputar dunia puisi saya yang terlalu banyak berdosanya daripada pahalanya.

Apa-apapun atas nama Allah yang menciptakan 'keseluruhan dalam kesewaktuan' saya gagahkan juga undangan ini. Oleh itu, kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin mendengar seterusnya 'menghina' saya bolehlah bersantai di UKM esok.

Bertemu kita di UKM esok (31 Mac 2010) sekitar jam 10 pagi di Bilik Sumber PPBKKM, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, T5, Blok C, FSSK, UKM.

2 ulasan:

NASSURY IBRAHIM berkata...

Tanpa ada yang kecil takkan ada yang besar. Dan, tak semua yang besar tu berguna!

edolah berkata...

..selamat berbengkel dan berkongsi ilmu..