PERCAKAPAN SEORANG BERDOSA
Jika berdosa aku
menganyam keindahan Ilahi
atau mabuk memuja cinta-Mu
hukumlah aku semahunya.
Jika aku berdosa
menyihir cahaya dari kun fayakun-Mu
penjarakan aku di negeri kalbu
seperti Rumi, Amir dan Fansuri
juga Iqbal dan al-Halajj
tegar merindui zat-Mu.
Seandainya dosaku bergugus
di lembah alami
seksalah aku semahunya
dalam penjara kata-kata-Mu.
SHAMSUDIN OTHMAN
Madrasah Sham al-Johori
2 ulasan:
...dan jika ibadatku semata-mata
tagihkan nikmat syurgaMu
tutupkan pintu syurga itu buatku !
kala dosaku Kau gugurkan
tegar aku mengutipnya kembali
Engkau tetap ampunkan aku
telah kesekian kali aku berdosa
kerana sungguh Engkau ya Tuhan
Maha Pengampun Maha Penyayang..
Catat Ulasan