SAYA menerima panggilan telefon daripada majikan dan bertanya, "adakah saya terlibat dengan wacana ini?"
Saya yang tidak tahu apa-apa atau tidak tahu hujung pangkal terpinga-pinga.
"Wacana apa?" tanya saya serius.
"Wacana anjuran Gapena-GPMS tentang isu Perlembagaan 153."
"Wah, menarik tu! Saya tak layak pergi," pintas saya. "Itu tugas orang atasan. Merekalah yang sepatutnya hadir untuk faham segala isi tersirat Perlembagaan itu. Lepas tu, laksanakan." Jawab saya.
"Oklah, tak mengapa."
"Oklah, tak mengapa."
Saya mula membayangkan yang bukan-bukan dan kemudiannya melayari internet untuk mendapatkan maklumat wacana ini. Saya turunkan maklumat ringkas yang saya perolehi itu.
ii
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan menganjurkan Wacana 153 pada 15 Mac ini bagi membincangkan isu semasa berkaitan Perkara 153 Perlembagaan iaitu hak dan keistimewaan orang Melayu. Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein berkata, wacana di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu bertujuan mengingatkan orang Melayu mengenai kuasa Perlembagaan Persekutuan.
iii
Tahniah Gapena atas kerjasama dengan GPMS.
Dalam fikiran saya terbayang falsafah 'kuda' dan 'anjing'.
3 ulasan:
Tuan,
Wacana 153 itu mungkin kerana tarikh 15/3/10...?
Apa-apapun saingan makin sengit untuk Spurs merebut 4 tempat dalam EPL ke Champions League musim depan setelah Liverpool sedikit terumbang ambing kini...
Mengapakah orang Melayu perlu dibela? Siapakah yang memusnahkan orang Melayu sehingga patut dibela?
BAPAKLAH. AHLI POLITIKUS MELAYU.
Mengapa pulak orang sastera / budaya yang terhegeh-hegeh nak bela sedang penusnahnya orang politik?
HAPUSKAN KUMPULAN PENGKHIANAT BANGSA
HIDUP NASSURY BAPAK MELAYU!
Catat Ulasan