SEPETANG 6 MAC 2010 di perkarangan tanah jajahan UPSI, saya, SM Zakir dan Rahimidin Zahari sempat bersembang santai dengan calon sasterawan negara ke-11. Beliau yang saya maksudkan ialah Haji Suhaimi Haji Muhammad. Sewaktu ditempatkan di rumah tamu UPSI di rumah bernombor B-08 di Kolej Ungku Omar, dalam kalangan kami bertiga itu, sayalah yang lebih-lebih bertanya itu ini khususnya tentang seputar dunia kepenyairannya. (Saat itu, SM Zakir sempat mengambil gambar curi dan bersama-sama Rahimidin Zahari memasang telinga mendengar perbualan kami).
Saya menghulurkan kumpulan puisi saya "Tanah Nurani" sementara Pak Suhaimi menghulurkan kumpulan puisi terbaharunya "Taman Takwa". Menariknya pada catatan bertandatangan, Pak Suhaimi mencatatkan sesuatu iaitu, 'Kepada Shamsudin Othman, estetika Islami saudara sedang menuju puncak. Hati-hati supaya tidak jatuh.'
Kami berbual panjang sehingga azan maghrib berkumandang. Sesuatu yang saya perolehi daripada perbualan santai kami ialah, Pak Suhaimi menjelaskan bahawa penulisannya sealiran dengan pemikiran Shahnon Ahmad yang meletakkan karya terbaik perlu memiliki gandingan tiga unsur iaitu, i. kebenaran (al-haqq), ii. kebaikan (al-jamal) dan iii. keindahan (al-khair).
Bercakap tentang Pak Suhaimi ini, saya hampir memiliki kesemua kumpulan puisinya yang bermula daripada Jalan ke Kotaku (1959), Lain Jiwa Lain Wajah (1960), Rontgen (1963), Lilin Seinci (1980), Di Malam Gelita Ini (1981), Bulan Purnama (1981), Imej (1982), Menganyam Bulan (1983), Siluet (1984), Menterjemah Bintang (1985), Tulang (1991), Wujud (1997), Arca Impian (1997), Simfoni Perjalanan (1999), At- Tariq (2000), An-Nur (2003), As-Salam (2006), Asyik (2006), Cintamu Ummi (2007), Nafas-nafas Nurani (2007) dan Taman Takwa (2009). Justeru saya tidak dapat membayangkan sebanyak mana puisi yang berjaya dihasilkan dan sebahagian besar pernah memenangi pelbagai hadiah sastera anjuran pelbagai pihak.
Secara kebetulan juga, saya pernah diamanahkan oleh pihak penerbit untuk menilai manuskrip Pak Suhaimi sebelum diterbitkan. Pengalaman menilai seterusnya memberi komen sebagai syarat penerbitan terhadap dua kumpulan puisinya iaitu Arca Impian dan Cintamu Ummi banyak mengajar saya makna kesabaran bagi memahami aliran surealisme, mistikisme mahupun realisme majis yang diperjuangkannya.
Hari ini, mungkin sudah sampai masanya pencalonan Pak Suhaimi Haji Muhammmad sebagai salah seorang penerima anugerah sasterawan negara dilihat dengan mata 'Persuratan Kesusasteraan Melayu' bukan dengan 'nafsu politik sastera'. Usaha Fakulti Bahasa dan Sastera, UPSI memberikan anugerah Ijazah Kehormat dan mencalonkan Pak Suhaimi sebagai calon sasterawan negara merupakan langkah terbaik dan bijaksana. Saya dan rakan-rakan amat menyokong penuh gerakan ini kerana Suhaimi Haji Muhammad adalah penyair yang konsisten dan sentiasa tampil dengan idea segar yang membobotkan dunia kepenyairan tanah air.
Mungkin guru saya (En. Saleeh Rahamad) yang juga orang Perak dapat membantu dan memikirkan sesuatu agar impian dan gagasan muluk pencalonan Suhaimi Haji Muhammad ini dapat disokong dengan idea lain.
Seingat saya, daripada kajian dan dapatan saya (secara kebetulan sedang menukangi kajian tentang puisi-puisi Islam Malaysia), kajian tentang Pak Suhaimi bukan sedikit anak. Pada peringkat Master di UPM sahaja hampir 10 penulisan tesisi/ mini tesis; UKM- 8 kajian; UM - 3 kajian, USM- 6 kajian dan terkini pada peringkat PhD - ada seorang pensyarah dari Universiti Perguruan Singapura yang sedang menyiapkan disertasi Phdnya tentang Pak Suhaimi ini. Sorotan kajian ini masih tidak lengkap kerana tidak melihat kajian pada tahap ijazah sarjana muda, penulisan jurnal mahupun esei dan artikal eceran.
Tulisan SM Zakir di dalam blognya tentang Suhaimi Haji Muhammad ini walaupun ringkas dan bersifat santai tetapi masih ada kenyataan peribadinya yang menarik untuk difikirkan.
Pak Suhaimi, terima kasih kerana menasihatkan saya dengan ayat terakhir sebelum kita berpisah malam itu. Katanya, "Shamsudin, belajarlah cara bagaimana Raja Ali Haji dan Hamzah Fansuri menulis." Kami bersalaman, saya merenung wajahnya sambil dia menyambung bicaranya, "saya sedang menyiapkan kumpulan puisi bertajuk 'Puisi-puisi Terakhir Suhaimi Haji Muhammad'. Nanti hendak hantar ke DBP. Kalau Shamsudin jadi penilainya, nilailah dengan jujur dan ikhlas bukan kerana saya tua." Tapi, kali ini saya tidak pasti siapa yang menjadi penilai manuskrip itu.
Begitulah seringkasnya, sepetang bersama-sama Suhaimi Haji Muhammad.

1 ulasan:
Nak tolong macam mana. Saya dah bangkitkan dalam pertemuan dengan DBP tempoh hari bahawa panel penilai ASN mesti berwibawa dan tahu sejarah penyair Malaysia. Panel tak perlu nama besar tapi kontang pengetahuan (ilmu tak mahu cakaplah). Semasa saya bersembang di bucu bersam Mohamad daud Mohd, Mohd Shaidan, amirudin ali, hasni abas beberapa hari lalu memang nama Suhaimi kami bangkitkan untuk menerima ASN di samping Baha Zain tentunya. tapi kalau ada kuota kali ini untuk genre lain tak tahulah. Pencalonan tidak perlu lagi; panel dan DBP mesti sudah ada senarai nama an nilailah mereka dengan bijaksana. Apa perlu dicalonkan lagi? pelik betul... ini bukan pertandingan tapi anugerah.
Catat Ulasan