Rabu, 24 Mac 2010

JUJURKAH MEDIA HARI INI?


Saya petik rangkap pertama hingga ketiga tulisan MSO (baca: tuan guru, anak murid minta izin terbit) daripada blognya 'Merah Tinta' tentang kes seorang YB di Perlis yang meletakkan jawatannya semalam.

KALAU yang menghantar surat perletakan jawatan sebagai Adun itu dari kalangan Pakatan Rakyat, sudah tentu dunia akan riuh randah. Kalau tidak sampai langit nak runtuh pun, pasti bumi akan retak. Media massa kroni akan membuat berbagai ulasan berhubung dengan tindakan Adun itu. Tetapi nasib baik ianya berlaku ke atas Adun UBN, dari kumpulan MCA.
Media massa hanya melaporkan secara leteral saja perletakan jawatan Adun oleh Yip Sum Onn (foto) tanpa kupasan dan analisa mendalam seperti selalunya. Ia hanya melaporkan seagai berita biasa saja tidak disensansikan. Kalaulah Yip itu orang Pakatan sudah tentu ianya akan diulas, digambarkan bahawa Pakatan semakin lemah, kucar kacir dan entah apa-apa lagi.

Malam tadi, saya memasang telinga untuk mendengar hebahan cerita sebab apa YB ini meletak jawatan? Buka siaran berita, semuanya mengisahkan berita macam laporan 'iklan ubat gigi' sahaja. Beritanya muluk dan indah.

Hati kecil saya mula merengus, "inikah yang dikatakan telus, jujur dan adil?"

Saya membayangkan dan ingin mendengar secara telus apakah yang sedang berlaku di Dewan Rakyat Perlis sebenarnya. Macam yang dikatakan oleh saudara MSO di atas, jika wakil PR yang meletakkan jawatan tentu hampir kiamat tanah bernama Malaysia ini dibuatnya. Jika tidak kiamatnya pun gegarannya seakan gempa.

Saya bukan penyokong tegar PR atau UBN atau mana-mana gerakan NGO, tetapi saya seorang rakyat yang mahu menikmati keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara bernama Malaysia.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya media berlaku adil kepada mana-mana parti yang ada di tanah Melayu ini. Paparkan kebenaran dan sembunyikan kejahilan mahupun maruah seseorang. Jika televisyen Malaysia boleh mengaburkan (baca menutup) wajah YB atau VIP yang dibawa ke mahkamah untuk diadili/ ditangkap; makanya lakukan juga hal yang sama kepada rakyat jelata. Adalah lebih bermaruah dan disenangi sekiranya media perdana dapat berlaku adil dan saksama.

Semuanya ini bertolak daripada teladan siasah "anjing dengan monyet".

Saya teringat kata seorang pensyarah saya dulu-dulu, "sekarang ni keputusan 'nombor ekor' pun akhbar tipu!"

3 ulasan:

S.M. Zakir berkata...

ini dunia bang, kata P. Ramlee 'ini dunia ana yang punya'. The winner take all. Pemenang akan memiliki segalanya. Akhbar media semua milik para pemenang. mana ada pemilik media (pemenang kuasa ini) nak lapor berita yang merugikan dan menjatuhkan mereka. Buat akhbar sendiri la bang. tidak hentam saja dalam blog ni, jangan sampai jadi macam Raja Petra cukupla, jenuh lak kami nak pegi lawat tuan aji kat London (Jakarta tak pa lagi, London fuh bedeih nak beli tiket tu)

Nazmi Yaakub berkata...

haji, aku nak jawab komen ko..

kah kah kah kah kah

selamat bangun tidur, bro :)

Sham al-Johori berkata...

Tuan syed: 'the winner take all'lah yang sedang berleluasa skrg ni.

Nazmi: ana bangun tidur setiap hari sebelum azan subuh lagi tau...kah kah kah