Isnin, 17 Mei 2010

ANTARA 1AQIDAH ATAU 1MALAYSIA




“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan”
[ Al-Ma’idah (5):90].

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.”
[HR Muslim].
1 AQIDAH ATAU 1 MALAYSIA

Jangan marah kalau aku memilih 1 Aqidah tidak 1Malaysia
kerana 1 Malaysia telah menghalalkan judi
tanpa pengesahan JAKIM
tanpa pengesahan mufti negara
tanpa pengesahan ulamak
tanpa pengesahan parlimen
tanpa pengesahan guru dan ustad
atau tanpa persetujuan aku.

Jangan dengki kalau aku
tidak memilih 1Malaysia
sebaliknya memilih 1 Aqidah
kerana aku sedar
kembaraku masih terlalu panjang.

Jangan cemburu jika aku memilih 1 Aqidah
kerana kerelaan hidup dan matiku
hanya untuk-Mu yang SATU.

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.

3 ulasan:

Hasmora berkata...

ya tuan,

maafkanku kerana memilih 1Akidah
bukan 1Malaysia
kerana 1Akidah lebih selamat
lebih manfaat padaku di akhirat
berbanding 1Malaysia
yang lebih banyak maksiat
mampu mengheretku
ke jurang api neraka

tuan, maafkanku
kerana akulah pemilih
jalan hidupku
melorong jalan benar
selepas matiku

hasmora
kota belud

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Jangan larang diriku
jika sajak mu ini
bertebaran
ku jadikan paparan
ku jadikan harapan
ku jadikan teman
buat jawapan
dalam taman percakapan.

muhammad syafiq berkata...

"One Islam: Aqidah didahulukan; Syariat di martabatkan".