Sabtu, 8 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU




TAHUN ini genap usia ibu saya 61 tahun. Nama ibu saya Hafsah bt. Moen. Ibu anak peranakan Arab dan Jawa. Keluarga ayah ibu saya berasal dari gugusan timur tengah sementara keluarga sebelah bapa saya berasal dari kepulauan Jawa (Bogor, Jakarta).

Ibu saya tidak banyak bercakap tetapi rajin dan tekun berusaha. Meskipun cita-citanya untuk bergelar guru tidak kesampaian kerana dipinang oleh ayah saya pada waktu yang muda; tetapi sifat keibuan dan keguruan ibu saya amat terserlah sekali.

AJARKU MENJADI INSAN
(Sajak Khas untuk Ibu)

Pandaimu tidak sebijaksana Rosmah
tetapi hatimu mulia dan penyayang

Wajahmu tidak secantik Siti Norhaliza
tetapi redup pandangmu mendamai jiwa

Hartamu tidak sekaya Sharizat
tetapi pemurahmu lebih membahagiakan

Personalitimu tidak sehebat Masitah
tetapi imanmu seteguh karang lautan

Suaramu tidak semerdu nyanyian Ella
tapi bicaramu sering meruntun kalbu

Kaulah air pelepas dahaga
kaulah wangian penawar haruman
kaulah nur di dalam gelap
kaulah cinta penyubur rindu

Emak,
SELAMAT HARI IBU,
terimalah aku semahunya
tanpa setitik dendam dan marah
aku anakmu
akan selalu ingat
"jadilah insan
bukan orang-orangan".

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori

*Saya memilih imej nama-nama wanita ini kerana mereka tidak sempurna di mata emak saya. Emak saya selalu memarahi saya supaya jangan memilih calon isteri seperti mereka itu. Nasihat emak sering terngian-ngian di telinga. Saya sedar tentu ada teman-teman penyair yang marah apabila saya menggunapakai imej wanita ini di dalam sajak saya. Ini hanya paradok yang selalu emak saya gunakan tatkala menasihati anak-anaknya.

Emak, saya tahu hati nurani dan ketulusan hatimu tiada bandingannya. Senyumlah seperti selalu saat kau mendengar anakmu ini mengalunkan azan dan mengaji di rumahmu. Saya rindu sebuah masa lalu ketika berada di ribaanmu.

5 ulasan:

Hamir berkata...

Ngeri tengok beberapa nama dalam sajak tuan.

Rahimidin Z berkata...

Syeikh,usah dibandingkan keelokan ibu bapa kita dengan ahli dunia tu...

Zharulnizam Shah ZA berkata...

Salam ziarah, Tahniah syeikh.. Sajak yang menarik.. Cuma rasanya bonda anta jauh sehingga mendidik anta ke peringkat ini berbanding nama-nama 'penjilat dunia' yang anta buat perbandingan tu. Secara keseluruhan ana suka sajak ini...

S.M. Zakir berkata...

sajak ibu ka sajak politik ni, ana orang umno tak setuju ni

mana lak jawa gugusan pulau, jawa tu satu pulau ja Pulau Jawa. Pusat orang Jawa di Solo atau Jogja, Bogor belum tentu Jawa, ada Sunda dan Betawi di situ. betulka moyang ente dari bogor, setau ana bogor ramai arab syed al-attas dan al-haddad (orang umno kalu marah siap ente, habis dicari segala silap)

Sham al-Johori berkata...

Salam teman2 seperjuangan;

Hamir,
Jangan ngeri. Biaslah tu...

Syeikh Rahimidin al- Maliki,
Nama-nama itu adalah imej wanita yang selalu emak ana haramkan disebut. Itu maknanya emak ana lebih mulia daripada mereka.

Zhahrul,
hati nurani emak ana jauh lebih dekat di negeri abadi.

Syeikh SM Zakir,
Bogor tu ada Jawa + Arab = 'Jarab' akhirnya lahirlah kitab 'Al-Mujarabat'. Kitab itu kira atuk analah yang karang. Ttg UMNO tu, itu kena tanya emak analah kalau berani. Ana tahulah enta baik dengan puteri umno aja. Apa nak buat, darah emak ayah ana ni hijau sehijaunya. hehehehe.

Teman2,
Yang penting, ibu kita adalah insan bijak yang mendewasakan kita dengan kata-kata. Kita membesar dengan hanya jelingan mata dan regusan suara.