Rabu, 26 Mei 2010
TANAH KAMPUNGKU TERGADAI LAGI
TANAH KAMPUNGKU TERGADAI LAGI
Selepas pulau
kini
tanah kampungku
tergadai lagi.
Apa lagi yang perlu aku harapkan
sebuah janji bertukar menjadi nista
serelung tanah bertukar menjadi kasino
dan inilah pertukaran paling berbekas
tanah bertukar menjadi emas
emas bertukar menjadi duit
duit bertukar menjadi singa
singa mengaum lapar
mengaum
LaPaRRRRRRRRRR
mengaum
lApaRRRRRRRRRR
mengaum
LAPARRRRRRRRR
lapaRRRRRRRRRR
LApaRRRRRRRRR
laPARRRRRRRRR
Selepas pulau
selepas tanah
selepas air
selepas pasir
selepas batu
selepas daging
selepas darah
selepas ini
apa lagi yang akan
diratah
oleh SINGAAAAAAAAA
singaaaaaaaaaaaaaa
SINGAAAAAAA?
Selepas ini
jangan aku kau persalahkan
kerana singa akan bertukar menjadi NAGA!
SHAMSUDIN OTHMAN
Madrasah Sham al-Johori
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Memang begitulah sejak dari zaman dahulu kala, suka serah menyerah tanah asal dapat imbalan.
tuan tanah,
kampung tergadai tu samalah dengan body tergadai. Tak gitu?
Bukan tanah kampung saja, seluruh Johor bakal tergadai. Siapa pemilik rumah-rumah banglo di Johor? Bukankah rakyat Singapura?
Tuan,
Foto peta termasuk Pulau Pisang itu menarik, kita bersama-sama rombongan PPJ diketuai Cikgu Amiruddin telah pergi menjenguknya tahun lepas... cemas juga itu...?
haji,
kita dah lama kehilangan...
bahana pemimpin yg mem'perjuang'kan perut dan bawah perut...
melayu memang la pakar bab gadai-gadai ni. UMNO parti Melayu dan sifat UMNO memangla sifat Melayu. gadai tanah air tu memang sifat melayu umno dari zaman tengku abdul rahman lagi. nak kata apa bang. tapi pas dan pkr pun belum tentu lagi.. belum merintah dah nak gadai kuasa politik dah. bagi tpm 2 la. ahli politik melayu ni baik umno, pas atau pkr sebahagian besarnya sampah bangsa saja
tak payah la haji nak merintih atau meraung-raung macam singa luka..(macam Marjan S la pulak).ahakss...tu la pangkah lagi UMNO/BN tu.
nok wat guano.. dlm dewan penuh geng rimau dan buaya tapi pandai tepuk meja macam monyet dgn ungka..
Catat Ulasan