Rabu, 23 Julai 2008

SEMINAR DHARMAWIJAYA DALAM KENANGAN

MENGUAR-UARKAN seminar ini bermakna satu penghargaan yang betul dan tepat sedang dilakukan. Tahniah atas usaha murni Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) yang sejak menjawat jawatan Sarjana Tamu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, beliau berusaha keras untuk mengangkat kembali kegemilangan sastera tanah air. Selepas seminar Usman Awang yang berjaya, makanya seminar kedua ini menyusul.

Seminar ini dijadualkan pada (perubahan maklumat akan dimaklumkan segera) ;

Tarikh :
16 OGOS 2008

Tempat :
Dewan Kuliah Za'ba,
Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia
.

Masa :
8.00 pagi - 5.00 petang

Pemakalah:
20 orang; antaranya Dr. Ramli Isin, Dr. A. Wahab Ali,
PM Arbak Othman, Prof A. Rahman Shaari, Mohamad Daud Mohamad,
Hasni Abbas, Mahaya Mohd Yassin,Hj. A. Rahim Abdullah,
Mohamad Shahidan, Hj. Naffi Mat dll.

Selamat mengimarahkan tokoh sastera tanah air.

1 ulasan:

benuasuluk berkata...

Syeikh,
masa saya di fbmk dulu ada dua benda yang sampai sekarang melekat dalam hati saya. Pertama cerutnya, kedua jenakanya. Tak ada tembok antara pelajar dengan arwah. Moga Allah akan sentiasa merahmati arwah.