TENTUNYA sebahagian daripada 27 juta rakyat Malaysia malam tadi tidak melepaskan peluang menonton rancangan siaran langsung Debat yang ditayangkan jam 9.00 malam di siaran TV9 dan astro Awani 501. Begitu juga saya, yang petangnya (sekitar jam 6.45 petang) sudah tidak dibenarkan memasuki bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya pulang ke rumah meski telah berjanji dengan seorang editor kanan penerbitan ulung negara untuk melihat debat itu secara langsung. Selepas memberitahu keadaan yang tidak mengizinkan untuk bertemu, dan dia juga akur dengan keadaan jalan raya yang sesak (macet); kami mengambil keputusan menontonnya di kaca televisyen sahaja.
Jam 9 malam, bertemankan secawan kopi 'o' dan kerepak pisang nangka, saya tekun di depan televisyen. Tampil sosok tubuh panel sedikit mengimbau kenangan silam saya ketika menjadi mahasiswa Universiti Malaya belasan tahun dahulu. Datuk Johan yang saya akrabi ketika menjadi ahli persatuan penulis tampil dengan kebiasaan dan kesahajaan. Persoalan mudah telah diajukan kepada kedua-dua panel dan mereka berdua menjawab dengan kebijaksanaan masing-masing. Mererka berdua menjawab dengan kepintaran bermain madah seloka dan pintar menikam dendam. Saya terus menonton, melihat, berfikir sambil sesekali meneguk dan mengunyah. Kesimpulannya mudah iaitu, yang bitaranya ialah pengerusi iaitu Datuk Johan Jaaffar (DJJ), bijak mengawal masa dan situasi. Dua orang rakan di sebelahnya pula bijak mencatur ujian untuk menguji sejauh mana keyakinan dan keupayaan diri panel berhujah dan mempertahankan gagasan.
Izinkan saya membuat rumusan di sini tanpa berniat untuk menyinggung atau menyokong mana-mana pihak.
Pertamanya: Debat malam tadi berstatus bumi dan langit; kerana Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) merupakan seorang yang banyak membaca dan berkarisma dalam hal-hal yang berkaitan pidato. Beliau sering diundang ke merata dunia untuk bersyarah dan tentunya ini merupakan latihan terbaik kepada beliau ketika diberi peluang. Ruang dan waktu digunakan dengan sebaiknya dengan pengalaman yang luas itu. Mentelahan pula, beliau pernah menjawab jawatan kedua penting negara. Datuk Shabery (DS) dilihat tidak mencapai tahap berhujah dan sering membuat serangan peribadi untuk mempertahankan hujah bagi mewakili gagasan kerajaan. Dengan ketokohan berhujah yang tidak menentu itu, akhirnya menyerlahkan dirinya sendiri bahawa kupasan tajuk tidak disentuh untuk mewakili gagasan kerajaan. Idea kerajaan tidak terjelma untuk meyakinkan rakyat khususnya bagi pihak saya.
Kedua: Analogi mudahnya ialah; DSAI ingin turunkan harga minyak manakala DS ingin mempertahankan kenapa harga minyak perlu dinaikkan. DS berhujah tentang negara pengeluar minyak dunia seperti Venuzela, Iran, Arab Saudi, dan sebagainya. Isu yang dibangkitkan oleh DS ialah harga minya di negara tersebut murah tetapi kadar inflasinya tinggi. Idea ini dipatahkan oleh DSAI dengan alasan harga minyak di negara kita tinggi dan kadar inflasi negara juga tinggi. Ini ketirisan yang perlu dipertanggungjawabkan. Logik akal, saya membuat penilaian bahawa adakah saya perlu menyokong gagasan harga minyak tinggi dan kadar inflasi tinggi itu tidak membebankan rakyat?
Ketiga: DS berhujah hal dunia global dan negara pengeluar minyak juga pasaran harga minyak yang tidak menentu menyebabkan harga minyak tidak stabil. DSAI berhujah tentang nasib rakyat yang derita akibat kerakusan menaikkan harga minyak yang mendadak. Dua isu besar ditemukan dalam erti kata satu ingin melihat dunia dan yang satu lagi ingin membela nasib rakyat. Isu besar ini tidak menjadi gagasan penting kepada mereka kerana mereka menyentuh isu Petronas dan isu peribadi. Malang bagi rakyat Malaysia apabila dua ekor gajah berdebat; semut mati kerana dibodohkan.
Keempat: Sejauh manakah ikhlasnya mereka berdua ingin membantu rakyat? Gagasan adalah sesuatu yang ideal mana kala pelaksanaannya adalah satu beban dan tanggungjawab.
Selapas ini, tentunya desir angin akan bertukar menjadi ribut. Yang terasa hebat akan menang dan yang tidak hebat akan dihakimi sebagai kalah. Tetapi apa yang ingin saya jelaskan ialah DSAI cuba membela nasib rakyat bawahan yang derita dan terseksa kerana kenaikan harga minyak sementara DS mewakili kerajaan, melihat perlunya kenaikan harga minyak adalah untuk pemacuan ekonomi negara.
Perkiraan dan congak mudah saya begini; harga minyak wajar naik tetapi jangan terlalu mendadak. Subsidi ialah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh kerajaan kerana pemberian subsidi akan menjadi kayu ukur kepada kebijaksanaan dan kejayaan kepimpinan negara. Pemberian subsidi bukan bermakna rakyat bermentaliti peminta sedekah tetapi memperlihatkan rasa tanggungjawab dan peranan kerajaan membela nasib rakyat dan menguruskan harta negara waima kerajaan. Dalam konteks agama, subsidi samalah darjatnya dengan sedekah. Salah ke sebuah negara yang kaya memberikan sedekah atau sumbangan kepada rakyat mereka sendiri? Dalam konteks sebuah negara Islam, mungkin subsidi adalah tuntutan zakat yang perlu ditunaikan. Maknanya juga, jika harta kita banyak maka pemberian sedekah atau zakat atau derma atau sumbanagan itu juga mestilah besar mengikut sistem kiraan nisab.
Tanpa rakyat sebuah negara tidak akan menjadi hebat. Kehebatan tamadun negara bermula dengan rasa percaya kepada perdebatan ilmu. Oleh itu, akhirulkalam budaya debat sebegini wajar diteruskan. Jika budaya ini dilihat secara rasional makanya rakyat akan menjadi seorang pemikir dan seorang pentafsir untuk membuat pilihan. Budaya ilmu perlu dikembangkan sejajar dengan budaya ketamadunan bangsa hebat dunia.
Kita perlu kembali kepada sejarah dan belajar daripada sejarah bangsa agung dunia bahawa debat adalah proses perkembangan ilmu yang amat sihat. Kita perlu akur untuk menelannya meskipun pahit. Saya juga tidak ingin melihat sejarah Pak Kaduk yang ayam menang tetapi kampung tergadai kembali berlaku pada abad-21 ini.
Sama-samalah kita berfikir dan menilai konsep debat secara bitara sambil merenung nasib rakyat secara ikhlasnya.

3 ulasan:
saya setuju dengan cikgu.
Harga minyak memang harus dinaikkan tetapi bukan dengan mendadak. tak logik lah jika harga tak naik langsung. Mungkin inilah silap k'jaan. Kadar kenaikan itu terlalu membebankan.
kalah atau menang dalam perdebatan, bukan kayu ukuran keikhlasan masing-masing. Macam yang cikgu katakan tadi, dalam perdebatan semalam, dua pihak itu bagai langit dan bumi. Seorang pakar dalam arena debat, seorang lagi, entah lah, barangkali tak pernah pun menonton debat ketika sekolah dahulu.
satu perkara yang menarik perhatian saya ialah apabila DSAI berdebat, mulutnya tak lekang daripada menyebut bangsa itu, bangsa ini, dan saudara seberang laut china selatan. Dengan tajuk debat malam tadi, saya tak setuju dengan tindakan DSAI itu. Pada pendapat saya, itu adalah serangan peribadi yang sangat halus kepada kerajaan, seolah2 menyatakan pihak-pihak tersebut telah diabai k'jaan.
Lain-lain isi yang dibawanya nampak meyakinkan dan bernas. Cuma, sebagai rakyat biasa, manalah saya tahu mekanisma dan perkara sebenar yang terjadi dalam ekonomi negara.
-khairul-
Salam.
1. Rakyat sekarang lebih pintar menilai yang fakta atau yang auta.
2. Debat DSAI-DS menyerlahkan siapa yang perjuang hak rakyat dan siapa yang perlekeh tuntutan rakyat.
3. Rumusan dari debat DSAI-DS ? DJJ tidak sentuh kerana berpegang pada posisi moderator. Namun, rumusannya kita dengar sendiri, di samping kita sendiri memperdengarkan.
4. Yang berlaku - DSAI ditahan. Kita? Kena tahan! Tahan berbelanja, tahan kos sara hidup yang meningkat, tahan tarif api naik, tahan itu ini yang naik secara senyap mahupun naik berdentam dentum... Nasib kita sebagai rakyat... Kata Nabil - LU PIKIRLAH SENDIRI! Asalamualaikom!
debat adakalanya menjadi ubat kepada ikhtilaf. bukan sebat menyebat atau nak tunjuk hebat.dari awal saya agak dsai lebih besar dari dasc. tak padan. tapi takpe sebab belum apa2 dasc nampaknya lebih 'beriya2/ mahu berdo-ah'hingga sanggup pertaruhkan jawatannya. dsai nampak lebih berhikmah.tamat je debat kita dah boleh bagi markah. dasc macam buah yg belum matang tapi mahu menggugurkan diri menjadi baja tanah.
mari bertamu ke blog saya.
Catat Ulasan