Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan -keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the difference of your languages and colours. Verily, in that are indeed signs for men of sound knowledge.
(surah ar-Rum, ayat 22)
Ayat ini boleh diterjemah ke dalam bahasa Inggeris begini;And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the difference of your languages and colours. Verily, in that are indeed signs for men of sound knowledge.
Saya mulakan bicara muhasabah pagi ini dengan isu tanah untuk SRJK (C) di Perak.
Melihat tindakan MB Perak memberikan seluas 400 hektar tanah kepada kaum cina untuk pembinaan sekolah jenis kebangsaan/ menengah (C), makanya semua orang Melayu berpencak silat khususnya Pemuda UMNO Perak. Tahniah saya ucapkan kepada kumpulan manusia Melayu ini yang amat perihatin terhadap perjuangan bangsa dan agama ini. Inilah sikap yang amat mulia apabila melihat perkara-perkata yang 'tidak adil' daripada kaca mata masing-masing itu berlaku. Saya menyatakan sokongan terhadap protes itu kerana saya melihat tindakan itu tidak menyokong bangsa dan agama saya.
Tetapi setelah saya fikir dan mendalami tindakan MB Perak itu, mungkin inilah yang dikatakan strategi politik. Kenapa saya berpendirian begini?
Bukankah kerajaan yang diterajui UMNO telah mengHARAMkan sekolah pondok dan sekolah agama kerana dikatakan berunsur subsersif, teroris dan menyediakan generasi yang dikatakan akan memusnahkan konsep perpaduaan kepada negara. Tindakan pengharaman ini pernah dilakukan oleh mantan perdana menteri sewaktu waktu dahulu. Oleh itu, wajarkah sekolah agama/ pondok di negara kita ini diperbanyakkan sekirannya sekolah itu nanti tidak akan mendapat dana secukupnya dan akhirnya diWAJIBkan supaya ditutup?
Seperti yang kita sedia maklum bahawa penyediaan atau pengurusan sekolah memerlukan dana yang tinggi untuk beroperasi. Apa akan terjadi sekirannya sebuah sekolah yang dibina tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi? Tentunya sekolah itu tidak akan dapat beroperasi secara teratur dan lancar.
Nah, pada hari ini siapakah yang sanggup membantu pembinaan sekolah-sekolah pondok di negara kita dalam suasana politik negara yang kacau bilau hari ini? Bertanyalah kepada diri sendiri UMNO, PAS atau PKR?
Saya berpandangan bahawa sistem pendidikan negara pada hari ini menjari celaru apabila dipolitikkan. Nasib dan malang yang menimpa adalah kepada rakyat yang tidak berdosa.
Saya amat berterima kasih kepada Menteri Pelajaran iaitu Dato' Sri Hishamuddin apabila sanggup meluhurkan diri duduk semeja dengan MB Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz untuk membantu menaik taraf sistem pendidikan pondok/ agama di Kelantan. Inilah contoh yang sepatutnya terus berkembang dan disebarluaskan.
Berbalik kepada tindakan MB Perak pula, mungkin dia berfikiran begitu untuk melihat darah perjuangan orang Melayu Perak. Adakah orang Melayu Perak masih punya rasa tanggungjawab terhadap agama dan bangsa? Masihkan orang Melayu Perak sedar akan bagaimana nasib sekolah-sekolah pondok yang suatu waktu dahulu hebat di Semanggol atau lain-lainnya itu? Mereka lihat atau tidak akan bangunan-bangunan dan kemudahan sekolah pondok itu atau sekolah itu masih wujud atau telah lama berkubur?
Jika mereka melihat dengan mata akal dan mata keimanan, tentunya akan berdetik di dalam hati mereka dengan persoalan, "mengapa begini keadaan nasib sekolah pondok di negara aku?".
Seandainya kesedaran ini yang muncul atau timbul dalam diri orang Perak, maka mereka akan mendesak supaya kerajaan negeri mengambil langkah segera untuk membantu, meningkat dan menaiktarafkan sekolah-sekolah agama ini. Alasan yang paling waras ialah; SEGERAKAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT/ PONDOK DI PERAK setelah kerajaan negeri membantu sistem pendidikan dan pembangunan SRJK (C)/ (T).
Sebagai rakyat yang majoritinya Melayu, orang PERAK boleh menuntut lebih baik daripada itu. Jika bangsa Cina mendapat 400 hektar, orang Melayu boleh minta 1000 hektar. Orang Melayu Perak boleh minta dibinakan sebuah sekolah agama/ pondok paling canggih di dunia. Jika kerajaan negeri Selangor sanggup menyediakan ladang kinzir seluar 100 ekar, mengapa tidak kerajaan Perak yang diterajui Melayu-PAS tidak sanggup mencipta rekod dunia dengan membina sekolah pondok yang paling bersistematik di dunia. Tentunya apabila orang Melayu Perak tidak kira UMNO atau PAS atau PKR segera mendesak MB Perak supaya berlaku adil, makanya usaha ke arah itu akan dilakukan.
Saya punya perkiraan yang berbeza, dan saya benar-benar bersyukur kerana dilahir, dibesarkan dan akhirnya menjadi anak Johor . Sistem pendidikan agama di Johor merupakan satu sistem yang terancang dan dikawal selia oleh kerajaan negeri juga ditakbir urus oleh UMNO sejak dulu lagi. Dan kerana kerajaan negeri Johor terlalu meletakkan perkiraan agama di tempat kedudukan pertama makanya UMNO masih dapat bertahan dan kuat di Johor. Hal ini tidak berlaku di negeri-negeri lain. Hari ini, saya difahamkan sistem itu telah diikuti oleh kerajaan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang mahupun Singapura dan Australia.
Inilah yang dikatakan permainan politik. Nasib yang sama juga sedang melanda istilah BAHASA MELAYU. Hari ini di bawah kuasa UMNO kita terpaksa mengguna pakai istilah BAHASA MALAYSIA. Siapakah yang membunuh penggunaan Bahasa Melayu kalau bukan pemimpin negara hari ini yang diterajui UMNO? Adakah penguatkuasaan istilah BAHASA MALAYSIA ini diarahkan oleh PAS, PKR, DAP, atau parti pembangkang luar negara?
Saya faham bahawa kita ingin membentuk konsep perpaduan dan kerukunan dalam hubungan kepelbagaian etnik. Saya juga yakin bahawa konsep intergriti amat penting dalam hubungan multibudaya. Tetapi, wajarkah kita mengorbangkan istilah induk/akar/jati diri/asli/tulen kepada kewujudan sesuatu bangsa yang menjadi majoriti kepada ketamadunan sebuah negara?
Hari ini, orang luar akan ketawa terbahak-bahak apabila mereka bertanya, "apakah bahasa rasmi negara anda?" Jawapan kita ialah, "bahasa Malaysia." Lalu mereka akan bertanya lagi, "maksud saya, bahasa pertuturan anda?" Lalu kita akan menjawab secara tersipu-sipu, "Bahasa Melayu." Orang luar itu akan tersenyum kambing sambil mengangguk tanda faham. Dan di dalam hati mereka akan berdetik, "kesian negara ni sebab tak tahu nak membezakan bahasa, bangsa dan negara..."
MAAF, ini hanya catatan peribadi yang terlalu sinikal sifatnya. Saya sudah berkira-kira bahawa nasib bangsa Melayu dan Bahasa Melayu akan bertambah walang sekiranya orang Melayu sendiri tidak bersatu hati dan tidak menyedari hak mereka sendiri. Ingin saya tegaskan bahawa perpaduan adalah satu konsep keamanan, kedamaian dan keharmonian. Untuk mencapai matlamat itu kita tidak perlu mengadai maruah, jati diri bahasa, bangsa dan agama kita.
Saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana di sini saya dapat menikmati hidup yang bahagia. Tetapi saya sedih apabila melihat hak bahasa, bangsa dan agama saya dipersenda.
Salam 4 ramadhan 1429H

4 ulasan:
dari aberamly/wordpress.com salam perkenalan
aberamly.wordpress.com dan ramlyotai.blogspot.com. salam
Salam Ramadan.
1) Memang itu satu strategi politik. Kita harus berdoa agar selepas ini, kerajaan Negeri Perak akan meluluskan 1000 hektar tanah untuk S.A.R. Tapi, macam mana pula kalau tak ada satu hektar pun tanah diperuntukkan lepas ni? Kalau ada, bagaimana pula kalau jumlah tanah yang diperuntukkan itu kurang?
2) Saya sangat menyokong jika peruntukan tanah diberi berdasarkan nisbah kaum; kalau kaum cina di berikan 400 hektar, maka, orang Melayu tentunya akan mendapat jumlah yang lebih banyak kerana, orang Melayu mempunyai bilangan yang lebih banyak di Perak. Dan, S.A.R yang hendak dibangunkan itu, mesti mendapat dana yang mencukup agar ia menjadi canggih, sebab agama Islam terletak di bawah Sultan, dan S.A.R juga di bawah Sultan.
3) UMNO memang telah memporak perandakan S.A.R. Bahasa Melayu, Hak-Hak Melayu. Sejarah telah mencatatkan, mereka ini perosak dan bertanggungjawab. Jadi, saya berdoa agar tidak ada tindakan Pakatan Rakyat yang merosakkan S.A.R, Bahasa Melayu, dan Hak-Hak Melayu. Malah, saya berdoa agar Pakatan Rakyat yang sekarang ditunjangi oleh PAS yang tidak memandang warna kulit (sebab daripada kenyataan Tn Guru Nik Aziz - Melayu ialah hanya satu kaum, bukannya bangsa yang beragama Islam), Keadilan yang LIBERAL dan mementingkan KESAMARATAAN, dan DAP yang memperjuangkan Malaysia Malaysians kembali menukar bahasa Malaysia kepada bahasa Melayu, tidak mempersoalkan tulisan jawi, mengembangkan bahasa Kebangsaan, mengukuhkan S.A.R dan hak-hak Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Amin.
4) Saya juga berdoa agar orang Melayu berhenti daripada bergantung kepada orang dan parti politik. Mereka mesti berjuang dan memperjuangkan hak mereka melalui NGO, dan dalam hal ini - meniru Huatuan Cina yang ternyata berjaya memainkan peranan mereka dalam masyarakat Cina. Belakangan ini, orang India juga telah mula sedar, dan HINDRAF merupakan suara NGO India (cuma tak berdaftar), dan mendapat sokongan padu majoriti India. Malah, suatu kejanggalan kini, jika orang India tidak menampal lambang HINDRAF di kereta mereka. Orang Melayu? Ada ke persatuan mereka? Tak habis-habis bertelagah, bercakar, berpolitik. Pemimpin Melayu memang bodoh. Persatuan Gerakan Melayu yang kononnya lahir selepas pertemuan yang diatur oleh GAPENA pun mati pucuk!
Salam Ramadan.
Tuan,
Bagus dan baik entri ini, lunak pujian tuan kepada AP Sembrong... hehehe...
RAR / JOHOR BAHRU.
Catat Ulasan