Rabu, 26 November 2008

MAKNA SEBUAH PENDIRIAN

i.
AKHIRNYA secara terbuka atau secara tertutup pada 22 Nov 2008, GAPENA dengan juak-juak pemikiranya berjaya mengundang tokoh yang hebat dengan agenda dan strategi itu untuk berbicara di rumahnya. Sebagai tetamu yang diundang dan diraikan, makanya tokoh ini diberi ruang dan kemuliaan untuk berbicara sesuka hatinya. Dan wadah serta kebebasan yang diberikan itu telah digunakan sebaik-baiknya untuk menegakkan benang basahnya bahawa PPSMI adalah satu usaha berjaya untuk membijaksanakan orang Melayu.

Mendengar hujah itu, saya terus angkat kaki dan meninggalkan rumah itu. Dalam hati saya ada sebak yang amat nanar sekali. Nanar kerana penguhuni rumah itu pernah bersuara lantang menentang agenda PPSMI ini suatu waktu dahulu. Tetapi kenapa hal ini berlaku di rumah itu? Rumah yang kononnya medan kedua selepas DBP untuk mempertahankan nasib bahasa dan budaya Melayu. Malang sekali, dan bertambah malang apabila orang yang kita percayai untuk menjadi suara orang Melayu pun telah turut sama bersengkokol melacuri bahasa dan budaya mereka sendiri.

Saya memikirkan kini, kepada siapa dan dengan siapa saya ingin meletakkan kepercayaan terhadap perjuangan bahasa dan budaya Melayu hari ini? Saya orang kecil yang punya jiwa dan halusinasi murni. Ingin melihat kedamaian dan ketamadunan Melayu hebat dengan bahasa Melayu sediri tanpa bersandar kepada bahasa inggeris. Perkiraan saya mudah iaitu, saya ingin melihat satu bangsa iaitu bangsa Melayu yang hebat tanpa meminjam, bersandar atau berpaut nasib kepada bahasa penjajah (inggeris). Jika melakukan hal-hal ini sewenang-wenangnya maka kita tidak dikatakan hebat sepenuhnya. Kehebatan kita akan dipertikaikan oleh anak cucu kita nanti yang tentunya lebih bijak daripada kita kerana kemajuan globalisasi.

Apakah maknanya tamadun sebuah bangsa jika idea, asas, teras dan rohnya dikongsikan atau masih bergantung kepada penjajah?

Sayang seribu kali sayang. Saya marah kepada orang yang menderhaka kepada bangsa dan bahasa. Saya marah, saya marah, saya marah.

Ya, Allah ampunkan kemarahan saya ini. Amin.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam sdr SO yang dihormati,
Mungkin sudah tiba masanya kita meletakkan pena kerna celupan dakwat yang kelat dan lambat tidak setanding dengan kudrat mereka yang memegang tampuk kuasa.Mari kita pakat rami-rami ke depan rumah 'itu' atau di jalanan menyatakan 'kemarahan' kita.Meh mogok BAHASA!

Zarif Hassan berkata...

Salam kepada tuan Shamsudin,

Jika sebuah badan yang diberi kepercayaan dan keupayaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sudah 'melacurkan' diri atas desakan sesuatu pihak hingga hilang pendirian dan perjuangan sebenar, pada siapa lagi mahu kita jeritkan suara jiwa bangsa ini lagi kalau semuanya sudah buta dan mati hatinya tentang peri pentingnya bahasa Melayu dalam membina tamadun bangsa Melayu sendiri

Mungkin perlu satu perbincangan serta tindakan yang serius dan teliti perlu dijalankan.Jika hari ini satu langkah bijak tidak dilaksanakan, pasti akan satu malapetaka dahsyat akan keluar dari tengah-tengah masyarakat kini.

mungkin benar juga kata Kasim Ahmad
'sekian lama kita mati dalam setia,
hari ini kita hidup dalam derhaka'...

tuan, kita bukan subversif, golongan pelampau, komunalisme atau chauvenis yang hidup dalam kayangan sendiri. realiti ini sudah mula membunuh impian dan harapan.mari kita bersama robohkan kejahilan yang bakal menghancurkan masa depan bahasa Melayu dan agama kita sendiri tuan,

Sham al-Johori berkata...

Ilham Ainol dan Zarif,
Kadang-kadang kasih sayang kita perlu ada batasnya. Saya sentiasa inginkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi antara cinta dan rindu. Saya cinta bahasa saya dan saya rindu akan bangsa saya.

Zaid Akhtar berkata...

Tuan Haji,
kemarahan itu wajar.
kebencian juga wajar.

Melayu yang dicari oleh mereka tidak akan ditemui sampai bila-bila (walhal sudah berada di depan mata) kerna hati mereka buta dilitupi karat penjajah.

fatah85 berkata...

aku punya bahasa,
melayu namanya,
tapi aku dipaksa,
betutur bahasanya..
sialan dia .

benuasuluk berkata...

Tuan, ada eloknya kalau kita fikir mendalam dan seterusnya menyambut cadangan yang dilontarkan oleh Hasni Abbas semalam di dbp masa seminar. Ada berani?

SATIRA + KACAU berkata...

Sdr SO:



Satira+Kacau