ADA 2 PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA MEI 2009 INI.
Pertama:
Sejarah 7 Mei 2009 di DUN Perak yang menyaksikan speker dewan dipaksa keluar daripada dewan. Sejarah baharu dalam politik Malaysia.
Kedua:
Sejarah 13 Mei 2009 di Kelantan yang menyaksikan pengumuman Kerajaan Perpaduan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sejarah ketegasan pendirian MB Kelantan itu menolak kerjasama dengan UMNO yang pernah melukakan hatinya.
Meskipun Mei 2009 belum berakhir, tetapi sejarah 13 Mei 1969 iaitu merujuk kepada peristiwa berdarah di Kuala Lumpur itu masih terpahat tegar dalam ingatan warga tua rakyat Malaysia. Ketika peristiwa itu berlaku usia saya baharu 2 tahun lebih dan saya tidak mengingati apa-apa kejadian yang berlaku. Cuma daripada cerita ayahanda dan bonda saya, ketika itu kiyai saya yang bergelar Panglima Saleeh diminta oleh Sultan Johor untuk berada di istana Johor. Itu sejarah daripada lidah dan mulut ayahanda yang saya ingat (betul atau salah saya tidak pasti) sebab saya terlalu kecil untuk mengingati itu semua.
Walau bagaimanapun, kita perlu bersyukur kerana pada hari semalam tiada sebarang perhimpunan yang diadakan bagi mengenang peristiwa berdarah itu. Inilah tanda rakyat Malaysia telah matang dan inginkan perpaduan serta cintakan keamanan.
Tahniah rakyat Malaysia yang masih akur dengan perlembagaan Rukun Negara. Cuma yang tidak akur ialah pemimpin kita yang masih gila kuasa, tamak dan rakus hingga tidak menghormati perlembagaan negara.
Walau bagaimanapun, kita perlu bersyukur kerana pada hari semalam tiada sebarang perhimpunan yang diadakan bagi mengenang peristiwa berdarah itu. Inilah tanda rakyat Malaysia telah matang dan inginkan perpaduan serta cintakan keamanan.
Tahniah rakyat Malaysia yang masih akur dengan perlembagaan Rukun Negara. Cuma yang tidak akur ialah pemimpin kita yang masih gila kuasa, tamak dan rakus hingga tidak menghormati perlembagaan negara.
4 ulasan:
Samsuddin,
13 Mei dulu saya sudah berada di Maktab Tanjung Malim, Perak. Sebelum tu kami tidak tidur malam menyaksikan siaran TV yang menyiarkan secara langsung keputusan pilihan raya 1969 yang bersejarah itu. Lepas pilihan raya berlakulah peristiwa yang mencatatkan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia.
adakah perlu kita ingati lagi 13 mei 1969 itu sebagaimana org2 amerika mengenang 11 Sept 2001?
semuanya berhikmah dan ditakdir untuk kita teladani, kenapa itu boleh terjadi?
Tuan,
Tidak perlu serta tidak payah KERAJAAN PERPADUAN seperti yang dicanangkan oleh media arus perdana... selagi parti besar Melayu ini tidak berubah perangai dan tindakan terhadap orang Melayu yang berada di luar mereka!
Mereka harus berubah banyak perkara untuk dapatkan sokongan padu orang Melayu yang kini memandang negatif terhadap mereka.
BERITA BAIK SEMUA ORANG
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com
dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
+12027538718
Catat Ulasan