Rabu, 20 Mei 2009

Kota Buku mercu tanda baru KL


PUTRAJAYA 19 Mei – Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahun ini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasil karya mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, projek itu yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran akan mengumpulkan para penerbit, penulis dan pengedar buku beroperasi di bawah satu bumbung.

Menurutnya, bangunan untuk tujuan itu sudah dikenal pasti dan kerja-kerja pengubahsuaian dengan kos kira-kira RM20 juta akan dimulakan tidak lama lagi dengan sebahagiannya dijadikan Muzium Guru manakala sebahagian lain sebagai Kota Buku.

“Kota Buku akan memberi peluang kepada Kuala Lumpur menjadi pusat penerbitan, penulisan dan pengedaran buku.

“Ia merupakan satu projek untuk memberi galakan dan dorongan bagi memajukan bidang penerbitan dan kesusasteraan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, sukatan pelajaran sastera di sekolah akan digubal dari semasa ke semasa dalam usaha meningkatkan bidang sastera tempatan menerusi sistem pendidikan.

Jelasnya, antara langkah yang akan diambil adalah mengenal pasti jenis-jenis buku yang boleh digunakan di sekolah sebagai bahan sastera baru.

Muhyiddin sebelum itu melancarkan koleksi 28 judul buku terjemahan siri sastera Malaysia.

Ia merupakan sebahagian daripada 100 karya yang diterjemah ke pelbagai bahasa oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang dijangka selesai pada penghujung 2010.

Sebanyak 23 daripadanya diterjemah ke bahasa Inggeris, empat bahasa Perancis dan satu bahasa Sepanyol.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md. Dom; Pengerusi ITNM, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh dan Pengarah Urusan ITNM, Mohd. Khair Ngadiron.

ii
Selamat menjadi Kota Buku Kuala Lumpur, selepas bulan lalu Kuala Lumpur turut terpilih sebagai Bandar Raya Kebudayaan Islam.

Sebenarnya impian untuk melihat KL sebagai kota buku telah terilham di fikiran saya ketika saya mewakili Malaysia ke Pesta Buku di Frankfurd, di Jerman pada tahun 2002 atas tajaan Majlis Buku Malaysia (MBKM) yang membawa buku saya 'Siri Sastera Astronomi' (2002:UP&D), iaitu buku cerita kanak-kanak bergambar .

Saat itu, "alangkah indahnya jika kota KL boleh dijadikan sebuah kota ilmu," bisik hati kecil saya.
Saat itu, saya melihat buku-buku dan kedai-kedai buku berderet-deretan di bangunan antik yang purba. Semuanya tersergam indah dalam warisan bangunan yang terpelihara. Mengkagumkan.

Itu kenangan masa lalu yng indah dan semalam gagasan kota buku terjelma pula di KL. Imbauan itu benar-benar menyentuh hati nurani saya.

Begitupun ada sesuatu renta yang menarik untuk saya polimikkan di sini. Adakah gagasan muluk itu hanya satu gula-gula untuk mengaburkan harapan memansuhkan PPSMI oleh TPM atau UMNO? Kebimbangan saya seperti yang dikatakan oleh S.M. Zakir sewaktu meredah pulang ke Rumah PENA dalam renyai gerimis ialah, "itu semua konon-konon nak pujuk hati sasterawan aja. Cakaplah apa yang nak dicakapkan. Janji taruk tetap taruk."

Di rumah PENA, selesai solat asar, kami masih berdiskusi tentang sebuah lakonan ataupun pementasan baharu.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Insya-Allah dengan kerjasama PENA,kita dapat memperbanyak bangsa cendekia di Malaysia.

Luqman Hakim QA berkata...

KotE Buku!

D'Rimba berkata...

Hebat Kota ilmu tapi mari kita tunggu sejauh mana keberkesanaan perlaksanaan atau sekdar ingin mengaburkan meredakan isu PPSMI. Saya juga ada fikir begitu....

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Apakah akan ada seperti ayat terakhir tuan dalam entri ini bahawa "kami masih berdiskusi tentang sebuah lakonan ataupun pementasan baharu."?

D'Rimba berkata...

Terima kasih cikguku, pertemuan itu meninggalkan kenangan yang teramat manis bagiku............Cukup kuterharu hingga menitis air mataku saat kuberlalu dalam bas...........

Melihat Kesunyataan berkata...

Samsuddin,
Kita harap kerajaan jujur dengan usaha memperbanyakan karya dalam bahasa Melayu, seterusnya usaha penterjemahannya ke dalam bahasa-bahasa lain. Barulah 'Kota Buku' memberi manfaat kepada kita semua.

Susan bowman berkata...

BERITA BAIK SEMUA ORANG
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com

dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
+12027538718