Isnin, 25 Mei 2009

PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL KE-2, 2009


TAHNIAH saya ucapkan kepada warga PENA dan teman-teman daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP KL dan Wilayah Selatan) atas penganjuran Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN) 2009. Perhimpunan ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah penulis muda tanah air yang mempunyai altizam dan komitmen tinggi terhadap sastera Melayu.

Rasanya, tidak perlu saya sebutkan satu persatu nama rakan-rakan yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada AJK PPMN. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi fikir yang disumbangkan tuan-tuan bagi menjayakannya.

Bersama-sama rakan-rakan AJK, kami berkumul sambil membincangkan resolusi untuk dipanjangkan kepada pihak-pihak tertentu. Antara kesepakatan yang termentri dan setuju untuk dipanjangkan itu ialah;

  1. Mendesak penghapusan PPSMI segera dilakukan oleh KPM.
  2. Menerbitkan 40% karya sastera penulis muda Malaysia.
  3. Mewujudkan sekretariat tetap penulis muda
  4. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan dana khas bagi mengiktiraf golongan penulis
  5. Meminta kerajaan mewujudkan anugerah Sastera Penulis Muda
  6. Mendesak kerajaan mewajibkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.


Resolusi ini diharapkan dapat membuka mata pihak-pihak tertentu supaya memandang sumbangan yang diberikan oleh penulis-penulis muda Malaysia ke arah pembentukan sebuah negara bangsa atau 1Malaysia.

Saya melihat PPMN kali ini lebih terbuka sifatnya meskipun idealisme itu masih terpendam di dalam dada. Gagasan dan harapan yang diperjuangkan perlu diteruskan meski selepas ini banyak laluan berliku bakal diredahi. Nampaknya usaha dan kepercayaan PENA terhadap sekumpulan anak-anak muda ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Mereka yang menentukan arah perjuangan masa depan sastera dilihat berjaya meyakinkan kami.

Insya-Allah, selepas ini ada banyak lagi aktiviti yang akan melibatkan penulis muda. Cuma, apa yang diharapkan ialah idelaisme dan gagasan perlu seiring dengan sebuah kemuafakatan yang murni. Masa depan sastera Melayu adalah di tangan anda. Lakukanlah yang terbaik sementara mendapat naungan bumbung DBP-PENA atau mana-mana persatuan penulis.

Malam tadi, saya senyum sendirian apabila mengingati semula PPMN di Puteri Resort, Ayer Keroh itu.



16 ulasan:

Rahimidin Z berkata...

Lut,
senyum penuh makna atau senyum tanpa makna?

Hasmora berkata...

Tuan-tuan sekalian,
Terujakah kita pada satu Malaysia? murid saya suka bertanya semasa mereka jawab periksa.. kalau depa tanya soalan kaitan 1Malaysia maka saya macam biasa.. entah.. mana ustaz tahu.. huhu

Hasmora berkata...

entri ni hamba masukkan dalam http://penulisnasional.ning.com/profiles/blogs/resolusi-ppmn-2009

D'Rimba berkata...

Terima kasih pengalaman.............

saleeh rahamad berkata...

napalah senyum sorang.ini yang jeles ni.
apa pun tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

saifullizan yahaya berkata...

air akan tumpah jika dituang sehingga penuh

selama pisau masih cukup tajam, jangan diasah lagi

pisau tajam akan mudah putus

untuk berhasil dalam hidup
orang harus jujur

seperti ciptaan,
ciptaan tidak mempunyai motif untuk
mementingkan diri sendiri,
menyeluruh dan dibentuk
secara tenang.

Luqman Hakim QA berkata...

Hehehee..Lut tu senyum tahan nak kenc.... Bagus, jangan lak tak terbuat perjumpaan seperti ini pada tahun mendatang.

saleeh rahamad berkata...

selagi ada semangat nak jumpa orang muda tentu puak-puak ni akan buat perhimpunan serupa tu. sampailah orang lain yang ambilalih dan tak jemput kita yang dah tua lagi.tu sebab dulu aku beriya-iya jemput orang tua dalam perhimpunan penulis muda kerana esok2 kita dah tua taklah kena singkir secara total. tengok ayahanda kita kat rumah Pena tu sentiasa muda kerana berkawan dengan kita. eh nasuri datang ke hari tu.

Hasmora berkata...

Lut s3enyum sambil memandang anak buah encik Saleh DBP.. haha.. gurau jer..

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Terima kasih atas kepercayaan dan lantikan sebagai Pengerusi Sesi yang pertama, mengulangi sejarah selaku Pengerusi Sesi pertama juga dalam PPMN 2005 di Kukup, Pontian. Terima kasih juga atas kesudian mengundang DBPWS dalam PPMN 2009 ini walaupun hanya pelibatan kecil sahaja bagi pihak DBPWS sebagai rakan kerjasama.

S.M. Zakir berkata...

Sam, ada hati yang kena dipujuk, ada rajuk yang kena diulit, ada luka yang kena dibalut, ada duka yang kena dibuai.

Buat perjumpaan Sam, post mortem dan makan-makan untuk semua urus setia.

Kita yang tua ni memang dah tebal, macam buluh kasap. Tak lut dek luka. Tapi yang muda-muda ni lembut bak rebung lagi. Mungkin ada yang tersentuh dan luka terpendam. Amacam Sam, ok tak bahasa berkias hamba, betul ka bunganya.

saleeh rahamad berkata...

aa nak berbunga bahasa la pulak zakir ni.tapi bolehlah kalau dah mandi air bunga orkid. bahasa pun berbunga.
cepat buat post mortem, saya tempat hotel di kuala perlis dekat langkawi dan danok. saya masih di sini tapi kalau tak ada apa-apa nak balik la hari ni.malam ni ada majlis penutup sukan tapi kita dah pindah tempat nginap di canglun. pekan sunyi je.

saleeh rahamad berkata...

masa nulih ni kat lobi hotel murah di canglun, berdepan dengan kaunter dan penjaga kaunternya.hotel bajet yang bersih dan baru dan sunyi dan selamat dan dekat tempat makan.tadi makan nasi kambing pepagi lagi.

Tanpa Nama berkata...

Tuan tidak senyum sendirian, percayalah.

saifullizan yahaya berkata...

saya turut 'berkorban' dengan persatuan sejak kewujudan sekretariat muda gapena sehingga berakhir selepas zainal rashid ahmad menumbuk meja. saya teringat pesan Allahyarham othman puteh tentang berpersatuan. saya tahu ada lima prinsip berpersatuan.

saya selalu ingat bahawa dari gapena ke pena kerana, penulis muda berpindah kerana wujudnya nilai jurang@gap yang dicipta sendiri. saya ingat tembok itu hendak diruntuhkan tetapi tetap dibina oleh mereka yang ingin meruntuhkannya.

kejayaan kota rom, tidak dibina oleh satu tangan generasi sahaja. dan mereka tidak boleh menguar-uarkan bahawa mereka yang menciptanya sepenuhnya.

Susan bowman berkata...

BERITA BAIK SEMUA ORANG
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com

dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
+12027538718