Selasa, 19 Mei 2009

PEJUANG BANGSA YANG DAYUS


SALAM.

Judul entri kali ini mungkin agak kasar atau keterlaluan. Tetapi, saya kira, saya mesti menyampaikan yang hak walau pahit.

Kisahnya begini, malam tadi saya menerima email daripadsa seorang rakan yang sedang menyiapkan Ph.Dnya di Havard. Tajuk tesisnya kurang lebih begini; "Undang-undang Islam dalam Budaya Fikir Masyarakat Melayu: Kajian Kulturstudy". Hampir empat tahun rakan saya ini berada di sana. Kajian terbaharunya mendapati bahawa orang Melayu adalah satu-satunya bangsa di dunia ini yang bersifat dayus.

Dayus dalam konteks kajiannya ialah bangsa yang menjual, mengadai dan menyatakan dengan berani prinsip ketidakpercayaan kepada kejituan mahupun kekuatan bahasa Melayu itu sendiri secara TERBUKA.

Ini satu kenyataan dan dapatan yang tidak memeranjatkan saya. Saya menyokong sepenuhnya dapatan kajian ini. Bukti yang paling mudah ialah PPSMI dan yang terbaharu ialah bagaimana Persatuan Teksi Malaysia mewajibkan semua pemandu teksi bandar raya supaya memiliki kelayakan sijil bahasa Inggeris. Apakah yang sedang berlaku di dalam negara kita sekarang ini?

Bayangkan, jika kita menaiki teksi dan pemandunya adalah warga bukan bumiputera lalu kita berkomunikasi. Kita sendiri tidak tahu, bahasa apa yang mereka guna pakai. Bahasa Melayukah atau bahasa rojak? Kini mereka diwajibkan pula berbahasa Ingeris semata-mata untuk menjaga hati pelancong asing. Bagaimana dengan rakyat tempatan yang masih tidak menguasai bahasa Melayu? Bagaimana pula dengan hati dan perasaan rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu?

Rakan saya yang masih menukang Ph.Dnya itu melepaskan kemarahannya kepada saya kerana saya dikatakan orang yang bertanggungjawab menyebabkan hal ini berlaku secara leluasa. Katanya, saya guru dan pengajar bakal guru. Di tangan sayalah seharusnya hal-hal ini ditangani. Membaca emailnya malam tadi menyebabkan hati saya sedikit terluka. Kenapa saya pula yang dijadikan sasaran kemarahannya?

Saya dengan hati yang terluka itu (marah dalam rindu) membalas emailnya. Email saya pendek dalam bentuk nota ringkas bernombor - saya tulis begini;

1. aku tak bersalah. Yang bersalah ialah bekas perdana menteri kau yang paling kau puja dan sayangi iaitu Tun Mahathir Muhammad.

2. aku tak bersalah. Yang bersalah ialah mantan menteri pelajaran kau yang kau pilih dulu iaitu Hishamuddin.

3. aku tak bersalah. Yang bersalah ialah UMNO yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris hingga tidak percaya kepada kehebatan bahasa dan bangsanya sendiri.

4. aku tak bersalah. Dan nanti jika Ph.D kau siap, aku harap kau bentangkan dapatan kajian kau yang BENAR itu kepada KPM, KPT dan kabinet yang diterajui oleh manusia bernama Melayu. Nanti kau dengarkan pula apa kata mereka.

Saya mendoakan agar rakan saya ini segera menyiapkan Ph.Dnya dan segera pulang ke pangkuan tanah air yang sedang dilanda krisis ketidakpercayaan terhadap bahasa dan bangsa Melayu yang hebat suatu waktu dahulu.

Kepada sahabat saya itu, pulanglah segera dengan dapatan kajian yang setidak-tidaknya dapat membuka mata pemimpin Melayu yang dayus itu.

6 ulasan:

Azree Ariffin berkata...

UMNO tidak bersalah, tetapi segelintir pemimpin dalam UMNO yang memandang sinis akan kehebatan bahasa sendiri. Mereka inilah yang harus diubah, dididik, dan kalau masih bebal lagi, dibuang keluar dan diganti baru.

Apa-pun, saya tertarik dengan tajuk tesis rakan tuan yang menggabungkan ilmu undang-undang dan kajian budaya. Berminat untuk tahu lebih lanjut.

DANGAU HIJAU berkata...

Tuan..
Tuan sekarang mempunyai kelebihan atas tiket pendidik bakal guru. Sungguhpun tuan tidak ada kuasa mutlak untuk menetapkan haluan perjuangan bahasa, tapi tuan mampu dan boleh melakukan pendoktrinasian kepada pelajar-pelajar tuan. Tunjukkan kepada mereka kebodohan yang sedang melanda pimpinan politik negara sehingga melawan fitrah tamadun dunia yang meletakkan bahasa bangsa sendiri sebagai tapak kukuh. Tunjukkan kepada juga kepada pelajar-pelajar tuan apa nasib mereka dan anak cucu mereka satu hari nanti jika mereka membabi buta menyokong pimpinan yang pendek akal. Jelaskan kepada mereka tentang logik bahasa & agama itu adalah teras budaya bangsa.

Unknown berkata...

Tuan Dosen,
Inilah kenyataan pahit yang harus kita telan. Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi juga dayus. Tetapi janganlah dicanang-canangkan sebegitu sahaja tanpa disedarkan sehingga nanti seluruh umat Melayu hanya menerima sahaja kenyataan itu sebagaimana kebanyakan umat Melayu menerima yang Melayu mudah lupa dan tidak mengapa untuk lambat kerana Janji Melayu.

Janji Melayu, Melayu mudah Lupa, Melayu Dayus.. kata-kata ini hanya akan diterima dan diambilpakai oleh orang-orang tak berjenis orangnya. Saya sebenarnya bencikan kata-kata tersebut sebab secara separa sedar kita menerima dan mengatakan OK untuk menjadi pemungkir masa, pelupa dan sekarang dayus?

Dan bakal dibentang luas di Harvard University? Malu kita dibuatnya.

D'Rimba berkata...

Tamadun bangsa sedang dilandan taufan gelisah di musim payah dengan segala macam pengkhianatan bangsanya sendiri di tanah air sendiri.

Luqman Hakim QA berkata...

Hang Tuah kata takkan Melayu hilang di dunia...Sekadar kata-kata yang tinggal kata-kata, eh?

Susan bowman berkata...

BERITA BAIK SEMUA ORANG
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com

dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
+12027538718