APABILA TPM mengeluarkan kenyataan bahawa guru-guru SK perlu belajar dengan guru-guru SRJKC berdasarkan keputusan UPSR, sayalah orang pertama sekali yang ketawa. Saya teringatkan bagaimana keadaan SRJKC yang serba kekurangan, P&P yang kurang bersistematik dan guru-guru yang sebahagiannya tidak terlatih.
Saya bertanya sendiri, apa sudah jadi dengan sistem pendidikan negara? Saya cuba memberi beberapa pandangan mengapa SRJKC berjaya di mata TPM:
1. SRJKC memulaukan banyak aktiviti kokurikulm anjuran KPM. Ini bermakna mereka lebih berjaya memfokuskan kepada sistem peperiksaan.
2. SRJKC mengajar matematik dan sains dengan MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA (BAHASA CINA). Oleh itu, pembelajaran matematik dan sains lebih berkesan dan berjaya.
3. SRJKC tidak pernah menjadikan pelajar-pelajarnya bahan kajian (eksperimen) terhadap sesuatu dasar KPM. Apa yang penting bagi mereka ialah belajar dan belajar, belajar dan
belajar.
4. Guru-gurunya tidak dibenarkan berpolitik.
5. Sistem P&P mereka masih mengekalkan sistem konvesional yang bersifat interaksi dua hala/ bersemuka.
6. SRJKC masih menghalalkan penggunaan rotan.
Nah, ini adalah sebahagian daripada apa yang saya sedari ketika saya menjadi guru suatu waktu dahulu. Kepada TPM, harapnya dapat sama-sama mengkaji apa yang sedang berlaku di dalam sistem pendidikan SK. Menuduh guru-guru SK sebagai guru yang tidak berinovatif adalah satu tamparan yang seperti menepuk air di dalam dulang. Sebagai seorang manusia yang pernah menjadi guru, saya rasa pandangan TPM itu benar-benar menyinggung hati kecil saya.
Guru-guru di SK pada hari ini tidak ubah seperti seorang kerani yang terpaksa berhadapan dengan kerja-kerja lain yang tiada kaitan langsung dengan P&P. Masa P&P mereka menjadi mangsa korban gagasan dan idea-idea muluk PPD, JPN mahupun KPM. Pernahkan kita mendegar SRJKC menjadi johan pertandingan bola sepak MSSM? Pernahkan kita mendengar SRJKC menjadi johan Pertandingan Pidato DiRaja? Pernahkah kita mendengar SRJKC mewakili Malaysia ke pertandingan nyanyian atau tarian? Pernahkan TPM mendengarnya?
Maafkan saya TPM.

6 ulasan:
Saya bekas guru, bekas penyair, dan mungkin selepas ini bekas editor.
Setuju sangat dengan pendapat yang diberikan. Ibarat kata pepatah sudah gaharu, cendana pula. Sudahlah terang lagi bersuluh. Itu pun tak nampak ke.
Saya mantan guru..di SK/SMK/SMJK.. dan sekarang bertugas di Bhg Kem. sememangnya akur dgn kekonyolan sistem ini...
Saya guru sekolah pondok pun nampak....konyol!
Salam,
Cikgu sekolah masih buat kerja perkeranian. Kerja perkeranian yang tidak selesai (dan urgent pula)terpaksa dibawa ke dalam kelas, dan skripnya,"murid-murid, buat latihan bla-bla-bla, cikgu ada buat kerja ni..."
Hal ini masih berlaku!
dari beberapa sisi ada benarnya kata tpm itu. jujur.
Catat Ulasan