Selasa, 23 Mac 2010

CERITA PBAKL


PETANG tadi selepas hujan, saya dihubungi oleh seseorang teman lama juga pensyarah IPTA. Katanya, dia berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan sedang melihat seorang penulis lelaki dan wanita sedang dikerumuni peminat. Para pengujung yang berada di booth (gerai) itu beratur panjang untuk mendapatkan tandatangan. Menariknya dia bertanya kepada saya, "kau dan teman-teman PENA sama hebat atau rasanya lebih hebat daripada mereka. Kenapa tak ada acara untuk penulis macam kau, S.M. Zakir, Rahimidin Zahari dan lain-lain kat sini?"

Saya tidak menjawab soalannya sebaliknya saya bertanya balik kepada rakan saya itu, "Oooo, siapa dia orang tu?"

"Kami ni bukan penulis upahan dan perlu menagih simpati. Kami tak mengejar glamor. Siapalah kami ni, dah lah tak kacak, tak popular pula." Saya mematikan kata-kata di situ.

"Bukankah kau dan kawan-kawan kau lebih mendokong gagasan sastera Melayu?" tanya pensyarah yang datang dari tanah hujung semenanjung itu.

"Ala apa nak susah-susah sangat ni, kau kalau nak tandatangan kami, kau datang aja ke rumah PENA. Cakap aja nak tandatangan sapa lagi...," dia ketawa terbahak-bahak hingga berdesing nyaringnya di telinga saya.

"Kau tak pergi pesta buku ke?"

"Kata kawan saya, PBAKL itu pesta buku kanak-kanak. Hehehehe. Hari sabtu aku ke sana." Jawab saya jujur.

"Aku dari jauh datang nak tengok pesta buku, kau yang dah depan mata tak sampai lagi?" Sindir rakan saya.

"Hehehehehe, kami ni tengah kumpul duit nak ikut guru kami ke Pesta Buku Jakarta bulan julai nanti." saya ketawa kecil.
"Oooo, macam tu!"

3 ulasan:

saleeh rahamad berkata...

Bolehlah booking tiket jakarta sekarang. tengok berapa harganya. Kalau dapat buat seminar di UI sekaligus bagus juga. Surabaya agak mahal tiketnya. jakarta lebih murah. 7-11 Julai Pesta Buku. Pastikan beli tiket awal. Tapi saya ke Padang 6-10 Jun ini.

Sham al-Johori berkata...

Tuan guru:
Laaaa, bukan pak guru tolong belikan dulu ke? Mcm biasa nanti kita org bayarlah. Kata pak Zakir, kita org ni tak geti pakai kad kredit... hehehehe

Mawar berkata...

Tuan Haji Sham dan Dato Saleeh,
saya nak kirim sebuah dua buku di Jakarta nanti. boleh tumpang tepi beg ya?


ps: tentang acara 31 mac sudah saya naikkan di blog saya.