Khamis, 22 Februari 2007

membaca sebuah dunia yang lain


i
malam yang tidak bercahaya seperti kehilangan bulan dan bintang benar-benar memeranjatkan seluruh warga alam. paling derita ialah sang pungguk. jelas resah di wajahnya tidak boleh diselindungi apatah lagi wajah pipit, ulat bulu, pacat, ular mahupun binatang-binatang yang berkaki dua dan berkaki empat. di fikiran mereka hanya terbuku satu pertanyaan sahaja iaitu, "ke mana perginya cahaya?".
"cahaya apa yang kau cari?".
"aku bukan mencari cahaya tetapi cinta.".
"bukankah kau telah lama membunuhnya? atau sengaja kau timbulkan isu ini untuk mendapat simpati teman-teman?".
aku tidak memberikan apa-apa maklum balas. aku merenung wajahnya yang mula mencurigai tindak tanduk aku. aku menatap tapak tangan kanan sambil membaca garis-garis yang tertera dalam kegelapan malam. garis-garis yang gagal aku terjemahkan itu adalah sebuah dunia yang lain. garis-garis itu punya cerita tersendiri yang memungkin atau menidakkan ringkasan kehidupan kita.
"garis! garis apa yang kau temui daripada tapak tangan kau?"
"aku mencari garis horizontal dan vertikal yang asli. dua garis inilah yang memungkinkan seluruh masa depanku."

ii
itulah sebuah dunia lain yang aku temui di bukit bintang malam semalam. mereka lebih percaya kepada kesyirikan daripada kebenaran Al-Quran.

iii
aku segera berpaling. menatap perempuan-perempuan yang sesekali menguji sejauh mana tebal dan nipisnya iman. mahabesar ciptaan-Mu, Allah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aduhh, di tanah tulip tuan mencari sahara nurani. Pasti terpetik dedaun maple musim luruh yang bercabang lima. Sehelai untuk sahabat, kerana ingatan tidak pernah terpadam dalam gugur salju. Dan ayat-Nya tidak akan pernah berbeda di bumi mana sekalipun. Salam ingat, buat perantau yang tidak pernah tandus dan ditanduskan oleh iklim iman yang sering menggigit harga diri.

Sham al-Johori berkata...

terima kasih kerana melayari blog saya. aduhh! jatuh cinta pulak kat ayat-ayat power tu. ayat tu dah digunakan ke dalam mana-mana karya? hehehe