Selasa, 13 Mei 2008

SEJARAH HITAM 13 MEI

Hari ini, kita sama-sama perlu mengirimkan surah al-fatihah kepada pejuang Melayu-Islam yang terkorban dalam sejarah hitam negara 13 Mei 1969. Inilah harinya kita merenung kembali sejarah bangsa yang bermandi darah demi kedaulatan bangsa dan bahasa. Merekalah pejuang ketuanan Melayu atau kedaulatan Melayu yang sebenarnya.
AL FATIHAH DAN MOGA ALLAH MENERIMA PERJUANGAN MEREKA SETERUSNYA MELETAKKAN ROHNYA SEIRING DENGAN AHLI SYURGA.
Amin. ya Rabb.

3 ulasan:

SATIRA + KACAU berkata...

Sdr Penyair Ydh: Sejarah hitam tidak mengapa.

Asalkan kita sesama kita tidak.

Tetapi benarkah tidak?

Masing kita punya jawapan sendiri.

Kerana, kau pun tahu.

Tanpa Nama berkata...

13 May sarat konspirasi. tetapi sengaja dialpakan dengan pelbagai dogma dan tomahan yang melulu.

Keberanian siapa yang upaya menyisipkan kebenaran 13 May dengan kata kata dan visual?

Adakah semuanya ini dapat mewakili suara jenerasi muda?

ps-14 hari yang dilalui setelah Jepun menyerah di tanah melayu, lebih bermakna untuk diperbincangkan. Kerana perjuangan disini lebih jelas.

Tanpa Nama berkata...

apapun, sejarah tetap selamanya sejarah. sememang menggugah. tapi nurani kemelayuan seharusnya semakin gagah, bangkit memperbetul kesilapan. bangun memperbaiki saf nurani dengan menautkan perpaduan bangsa atas nama cintakan diin Ilahi. tidak perlu membeza warna kulit atau kelainan bahasa. pokoknya, atas dasar agama. ya, agama saja akan memperkuat perpaduan.