Jumaat, 16 Januari 2009

SELAMAT BERJUANG PARA PEJUANG ANTI-PPSMI


Kata PM ketika berkempen di Kuala Terengganu tentang isu PPSMI.

''Seperti yang diberitahu kepada saya oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kajian mengenai perkara ini belum lagi selesai, (ada) sikit lagi.

''Pada waktu ini tak payah komen, ini bukan satu isu yang kerajaan diamkan diri dan ini bukan isu yang boleh buat macam-macam komen,"
katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Belia Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, selain keputusan UPSR dan PMR, kajian yang dibuat turut mengambil kira keupayaan guru mengajar dalam bahasa Inggeris, kedudukan bahasa Melayu, Perlembagaan Negara serta perbandingan prestasi sekolah bandar dan luar bandar.

Menurutnya, apabila semua maklumat itu diperoleh, laporan mengenainya akan dibuat seterusnya dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Selepas itu jelasnya, Jemaah Menteri akan berbincang dan membuat keputusan mengenai pelaksanaan PPSMI berdasarkan maklumat-maklumat yang lengkap itu.

Itu kenyataan PM semalam. Bagaimana dengan kenyataan juak-juak PPSMI yang lain? Bersetuju atau akan terus dengan agenda jahanamnya itu?

Kebimbangan saya ialah, Pak Lah hanya tingga beberapa hari sahaja dengan jawatan yang ada di tangannya itu. Selepas ini, dengan ketiadaan kuasa tentunya banyak perkara-perkara ghaib akan berlaku. Sementelahan pula, orang kanan dan kiri Pak Lah sekarang ini terdiri daripada manusia duri dalam daging dan bertopeng-topeng. Kadang-kadang, mereka langsung tidak menghormati orang tua.

Moga perang PPSMI ini tidak sehebat perang Israel atau perang salib. Saya berharap agar tiada manusia yang mati kerana mempertahankan hak bangsa dan kedaulatan bahasa.
Saya juga berharap agar KPM tidak menjenazahkan kemudian menyembahyangkan para pejuang anti-PPSMI. Antara rasional dan juzuk bertindak; semuanya itu menuntut kebitaraan yang ikhlas dan jujur.

Selamat berjuang para pejuang anti-PPSMI.

3 ulasan:

Azhar Salleh berkata...

Cikgu,
Saya rasa tidak ada apa lagi yang boleh diharap drp para menteri tentang isu bahasa atau PPSMI ini. Namun begitu, perjuangan ini tetap perlu diteruskan walaupun kita sedang menunggu bahasa Melayu akan ditalkinkan!

Melihat Kesunyataan berkata...

Samsuddin,
Saya kadang-kadang hairan orang Melayu sendiri tidak peka dengan perjuangan mandaulatkan BM ini. Kita dituduh anti Bahasa Inggeris pula. Malah anti kepada kemajuan. Apakah dengan Bahasa Melayu kita tidak boleh maju? Inilah persoalannya.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya isu PPSMI telah selesai. Tanyalah orang KPM yang menghadiri Perutusan Tahun Baru KPM baru-baru ini apa yang diucapkan oleh menteri.