Selasa, 20 Januari 2009
sajak kepada presiden Amerika
Sajak kepada presiden Amerika
Selamat tinggal Bu(T)s(U)h = bush
selamat datang Obama
Bush,
meski akan kautinggalkan Amerika
dengan seribu hinaan
tapi aku tahu bahawa agendamu
masih belum bertitik akhir
Selamat datang Obama
dengan tugas baharu
menyambung agenda demi agenda
yang tak tertunaikan
meski tidurmu bermimpi ngeri
Aku di Kuala Lumpur
melihat dengan mata simpati
sebuah rundingan masa lalu
yang masih tidak bernokhtah
menanti diluluskan
Selamat datang Obama
ke dunia perang salib
yang menuntut
erti iman dan makna amal
Selamat datang Obama
duduklah di meja PBB
sambil meratah jenazah
dan mabuk meneguk darah
demokrasi yang tidak berdosa
Aku di Madrasah Sham al-Johori
akan sentisa berdoa
agar sekawan ababil
segera hadir membawa utusan langit
dengan pesan yang tak terfikirkan.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
RATAPAN SEORANG MARHAEN
tika kita merenung indahnya bulan di taman
atau bunga api tahun baru di ibukota
sanak-saudara-mara di Gaza pandang sayu ke langit
terpercik cahaya pemusnah dari burung besi laknat
memamah teratak dan mayat bumi hingga lumat
menyelerakkan harum wangi jasad syuhada’.
Obama meraikan takhtanya bertepuk sorak
Sorak-sorailah anda, kerana esokpun
kau mungkin takkan menangis
kerana legasi zalim rumah putih
akan memerahdarahkan tanganmu
turut melapah saudara-maraku
dan mungkin juga kau mabuk darah
seperti Bush si keparat
yang melunas dendam
kasut terbang sebagai alasan (mungkin).
Obama datang si bush semak pergi
entahkan sempat si mangkuk itu berbisik
“hei pak hitam,
kerja-kerja pelobi yahudi
jangan kau henti!”
biar sahaja kami berdiri perhati
pak cik Husin ke mana ingin pergi
ke syurga bertemu moyangnya
atau ke neraka menemani yahudi
wahai Uncle Husin Mubarok,
saya seperti kebanyakan manusia
harap-harap anda masih manusia
bukan syaitan seperti yang lainnya.
HASMORA MASNURI
Taman Bukit Angkasa.
Tuan,
1. Puisi-puisi tuan sejak dahulu hingga kini sememangnya tidak boleh dinafikan kualitinya, TAHNIAH.
2. Cadangan saya agar tuan buat puisi khas tentang PPSMI yang mungkin berjudul PUISI BUAT SANG MENTERI (BANYAK ALASAN MASYARAKAT MUAL!) Hehehe...
3. Terkini..., dalam Buletin Utama 24 Januari 2008 dalam jam 8.25 malam, Sang Menteri terus berhujah melalui siaran medianya, antara katanya pihaknya mendengar semua pandangan pelbagai pihak tentang PPSMI apatah lagi setelah mengadakan 5 KALI PERSIDANGAN MEJA BULAT... (kenapa tiada MEJA BUJUR atau MEJA EMPAT SEGI? Hehehe...)
Apa pendapat dan hujah tuan selanjutnya?
Sekian.
rar/
Catat Ulasan