Jumaat, 9 Januari 2009

SALAM ANTIPPSMI DAN ANTIISRAEL


SALAM ANTIPPSMI DAN ANTIISRAEL

i.

Apabila Menteri Pelajaran Malaysia tegar dengan keputusannya; senyum sambil menghina perjuangan orang lain yang sedar akan maruah bahasa kian tergadai; makanya siapakah dia pada waktu ini? Adakah dia pejuang bangsa dan bahasa yang kita harap-harapkan? Adakah kita berjiwa Melayu tulen? Adakah dia sang munafik yang beragenda tersembunyi untuk menghancurkan bahasa dan bangsa dengan kuasa di tangannya? Adakah dia seorang pelacur bahasa? Adakah dia seorang retorik Melayu terakhir? Adakah dia musang berbulu ayam? Atau siapakah dia pada hari ini di mata orang Melayu tulen yang bermaruah?

Keputusannya bahawa kenapa kita perlu tergopoh-gapah menakut-nakutkan kerajaan, mendesak kerajaan atau memaksa kerajaan sedangkan perkara itu masih dalam perbincangan dan keputusan muktamad pada tahun 2010 (tahun depan) dilakukan? Itu katanya. Tetapi sedarkah kita bahawa ucapan itu telah membuka ruang untuk mengubah keputusan daripada perbincangan demi perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini. Setahun bukan jangka waktu yang singkat dan banyak perkara boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.


Bayangkan apa akan terjadi jika kuasa lain mengambil alih tampok kepimpinan negara. DAP misalnya? Tentu ada perkiraan yang lebih penting akan dilakukan.


Wahai, menteri pelajaran dan seluruh warga KPM! Sedarlah bahawa tamadun Melayu kini sedang menuju kehancuran setelah politik wang Melayu tidak terkuburkan malah dihalalkan. Apalagi yang tinggal selepas ini jika semuanya terpak sa atau sedang digadaikan sebagai pertaruhan politik poket sendiri. Tak ada maknanya mengucup kemudian menjulang keris sambil menjerit 'Hidup Melayu' sedangkan dalam masa yang sama mencipta ruang seluas-luasnya kepada kemusnahan bahasa dan bangsa itu sendiri.

ii.


Malam saat membaca kitab The Taste of Hidden Things: Images on the Sufi Path karya Dr. Sara Sviri, tiba-tiba saya tersentak bila mana dia mengupas surah al-Fill dengan begitu menyunggguh dan menarik. Analoginya mudah dan jika dilaksanakan dengan seikhlasnya maka ada petunjuk yang baik daripada amalan itu. Dr. Sara berkisah tentang sejarah surah itu dan berkisah dengan cerita di dalam cerita daripada falsafah surah al-Fill itu.


Sejarah surah ini ialah kisah serangan burung ababil terhadap tentera bergajah yang menyerang tanah Ka'abah. Dengan bantuan tentera Allah, iaitu burung-burung ababil yang membawa batu panas makanya seluruh bala tentera kerajaan jahat itu hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang di makan ulat.

Dr. Sara dalam tulisannya, bermatematik dengan kebesaran surah ini hingga boleh dijadikan doa. Menurutnya lagi, perkara inilah yang dilakukan oleh sebahagian para sufi ketika zaman kerajaan Othmaniah menentang kristian di Turki. Perkiraan Dr. Sara dengan memetik sepenuhnya doa yang diamalkan oleh pejuang Islam itu; iaitu,

"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada-Mu, Ya Allah, turunkanlah bantuan-Mu kali ini kepada orang orang Islam. Hancurkanlah mereka yang menentang dan menghalalkan perang kepada agama-Mu. Amin."


Lalu bacalah surah Al-Fill sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah. Lipat gandakan doa ini, kemudian mintalah 7 orang rakan anda yang lain melakukannya juga . Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang. Insya-Allah akan ikut berdoa berjuta-juta lagi ramainya umat Islamdan memberikan sokongan ikhlas terhadap perjuangan ini.


Sama-samalah kita berdoa agar perjuangan kita dirahmati Allah. Amin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dibimbangi PPSMI sebagai suatu agenda untuk mewujudkan 13 Mei kali kedua. Tentunya selepas itu sekolah beraliran asing (Cina dan Tamil) akan diberikan tumpuan.

Kita berdoa ini semua tidak terjadi, tetapi hakikat hukum akan terus berlaku dan tepat. Selagi kita tidak leka, tak apalah.

KISAH DI NEGERI SUNYI berkata...

Tidak lain dan tidak bukan dia adalah babi. Babi yang sanggup menyondol apa sahaja asalkan tercapai maksud politiknya. Dan bangsa? Pergi mampuslah dengan bangsa. Apa mereka peduli soal bangsa. Asal perut sendiri kenyang dan nyaman di kerusi, bangsa terlacur pun tidak mengapa.