Gambar: Chin Peng
KETIKA keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) di tanah Melayu, saya masih belum dilahirkan. Saat itu, saya masih berada di ruang 'lukmahfus' roh azali dan kudrat Illahi. Hal ini bermakna, saya tidak merasai derita bangsa dan negara akibat kezaliman PKM. Saya hanya membaca dan mendengar kisah-kisah dari para gemulah dan ayahanda saya sahaja. Kata mereka bahawa PKM ini jahat dan zalim; tidak berperikemanusiaan. Itu kata ayah dan itu cerita gemulah saya.
Tiba-tiba hari ini, saya mendengar berita bahawa keganasan itu perlu dibalas dengan nilai kemanusiaan. Mana tidaknya apabila GERAKAN melalui Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, DAP dan PKR mendesak kerajaan supaya bersikap perikemanusiaan terhadap ketua bekas parti itu iaitu Chin Peng.
Wajarkah Chin Peng diberli ruang dan nikmat untuk merasai keamanan dan kebahagiaan Malaysia selepas berpuluh-puluh tahun dibuang kerakyatannya (baca berada di selatan Thailand)? Tentunya jawapan ini amat tidak disenangi oleh keluarga ATM atau PDRM yang terkorban, tercedera, hilang keupayaan anggota dan macam-macam lagi akibat kezaliman dan kerakusan PKM itu.
Saya percaya, tindakan PM menolak secara baik dan rasional permohonan itu wajar dipuji. Inilah tindakan dan keputusan tegas yang bijaksana. Kemanusiaan manusia ada had dan batasnya. Kemanusiaan manusia ada timbang tara dan kayu ukurnya. Kemanusiaan manusia juga ada batas sempadan dan budi bicaranya. Tetapi di dalam hal ini, kita tidak berkompromi. Saya bimbang, memberi peluang kali ini akan menyebabkan peluang-peluang lain menjadi terbuka hingga memudaratkan keharmonian negara.
Bacalah di mana-mana buku sejarah; PKM merupakan satu pertubuhan haram yang agresif dan 'berani mati'. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja demi 'matlamat' yang terlalu palsu.
Saya bersyukur kerana cerita-cerita gemulah dan ayahanda saya tentang PKM masih segar dalam ingatan. Mudah-mudahan, kita semua dapat mengarifi kisah Shamsiah Fakir atau sesiapa sekalipun yang diceritakan oleh Said Zahari mahupun seperti yang terhimpun di dalam kisah 'Bukit Kepong'.
Mari kita pertahankan keamanan, kebahagian dan keharmonian negara kita.

7 ulasan:
Tuan dosen,
Bukan Presiden Gerakan Pulau Pinang dan Presiden CAP (Penang juga..ciss..) ke yang menggesa agar Chin Peng dibenarkan pulang?
Agaknya ingin bagi Pulau Pinang pula agaknya kepada pendatang tadbir jadi negara sendiri seperti Singapura...Huhuhuhu.....
Tuan,
Saya setuju dengan pendapat tuan... "Saya percaya, tindakan PM menolak secara baik dan rasional permohonan itu wajar dipuji. Inilah tindakan dan keputusan tegas yang bijaksana.", namun saya amat tidak bersetuju dalam tindak tanduk melengahkan hal-hal PPSMI, jika ya katakan ya, jika tidak terus katakan tidak...!
tak payah takutkan komunis kerana KERAJAAN sekarang lagi zalim dari komunis..
isu memali jelas membuktikan..dan byk lagi bukti..
kenapa org GERAKAN x disebut?
kenapa hanya org pakatan rakyat ?
hidup kita kenalah menerima reality..jgn ditipu diri sendiri
Awak budak takde nama,
Tu dah melampau tu, kata kerajaan lebih zalim dari komunis. Hang pi la duk negara komunis, dah tak bersyukur duk kat Malaysia ni. Tak de sapa larang.
Gerakan ke, CAP ke, DAP ke, PKR ke, atau org2 yang menyokong Chin Peng balik kesini sebelum ini, boleh blah. Depa tu buta kayu, buta sejarah. Sama mcm hang.
Tuan,
Kalau di Perak bekas komunis dapat tanah 999 tahun. Kalau ketua komunis dapat berapa banyak dan berapa tahun le gamaknya ye?...
Hai.. tolonglah sedar Yop dan Yong ooi...
Hari ini di kejutkan pulak dgn pemimpin pembangkang sokong chin peng dibawa pulang ke Malaysia atas dasar perikemanusiaan kata si anwar. abisla Malaysia yang ku cintai ni.
anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com
Catat Ulasan