Perahu.jpg (image)Entir gambar ini merujuk kepada sebuah sejarah jatuh bangunnya bangsa Melayu. Kalau Melayu itu perahu sudah pasti nasibnya akan sentiasa teroleng-oleng di air juga bila-bila akan terdampar di daratan. Justeru, makna yang lebih ilmiah ialah kalau perahu itu karam semua orang yang menaikinya akan mati. Ini juga beerti jika Bahasa Melayu itu mati semua orang Melayu juga mati. Tetapi, siapalah faham akan anologi macam ini.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
ii
Aku perturunkan juga dapatan resolusi daripada pertemuan Simposium Johor yang diadakan di Johor pada 12 Ogos 2007.
IKRAR JB ‘07
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia – GAPENA dengan sokongan 23 buah pertubuhan kerabat dan sejumlah sarjana pada yang bersidang dalam Simposium Darul Takzim 2007 pada 12 Ogos 2007 di Hotel Selesa, Johor Bahru merakamkan ketetapan-ketetapan berikut:
1. Johor melangsungkan peranan sejarah dan tamadun Melayu dalam menegakkan peranan dan fungsi agung Bahasa Melayu sebagai asas Pembina peradaban global Melayu dan Malaysia.
2. Dasar-dasar Kebangsaan serta ciri-ciri istimewa Perlembagaan Persekutuan menjadi induk dan teras pembinaan tamadun dan landasan perjuangan politik Melayu kini.
3. Pengiktiraf kembali “Persekutuan negeri-negeri Melayu” sebagai asas dan kuasa pembentukan negara Malaysia untuk saling mengimbangi kuasa.
4. Wadah Negara Malaysia bercirikan Islam, Bahasa Melayu, sistem kerajaan, keistimewaan pribumi di samping membenarkan amalan dan pembelajaran cirri-ciri lain adalah takrif “keMalaysiaan” dan acuan sendiri bagi semua rakyat Malaysia, bukan takrif sembarangan seperti diajukan setengah pihak.
5. Sikap dan sifat, “adaptif dan akomodatif” - Melayu amatlah “inclusive” bagi menjalin kesamarataan dan keselamatan semua rakyat Malaysia untuk maju dan makmur.
6. Memperjuang darjat dan harkat Melayu sebagai teras kebangsaan Malaysia terutama martabat bahasa dan kebudayaan Melayu sebagai asas ketemadunan Malaysia global di samping memperoleh perjuangan pelbagai bahasa dan budaya.
7. Mengurus kemajmukan berlandaskan kesatuan teras budaya dan peradaban yang berlandaskan sejarah, tradisi serta pengalaman moden global.
8. Bangsa Melayu menghapuskan psikologi kalah dan membangun psikologi menang dan yakin seperti dibangun oleh Tun Abdul Razak untuk membangun peradaban global.
9. Bahasa Inggeris tidak dapat membangun bangsa Melayu yang maju di Malaysia malah bangsa Melayu akan terhina dan terkutuk dalam peradaban global. Bahasa Inggeris menjajah sanubari bangsa Melayu.
10. Gapena dan bangsa Melayu menunjukkan resah dan gelisah bangsa melalui “protest” kepada Perdana Menteri dengan berbagai cara, dan juga pengedaran ucapan Menteri Besar, buku dan juga poster.
11. Meminta Kementerian Pengajian Tinggi memastikan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dan tunggal di Pusat Pengajian Tinggi Awam dan swasta dalam kursus-kursus Aliran Sastera seperti undang-undang, ekonomi, sains sosial, pengajian Islam dan lain-lain. Di samping itu mendesak Kementerian Pelajaran melaksanakan kembali pengunaan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sistem Persekolahan Rendah dan Menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Kepada sesiapa yang membaca resolusi ini tolong kirimkan pula kepada orang Melayu lain yang punya rasa tanggungjawab untuk mempertahankan maruah bangsa ini. Jangan jadi macam juak-juak itu yang pandai berjulung keris tetapi munafik.
Wassalam. Ya Rabb, ampunkan dosaku ini. Sebenarnya aku sudah tidak tahan melihat nasib bahasa aku dilacurkan oleh pemimpin yang KAU amanahkan. Utuskanlah malaikat Israil segera. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan